Utusan Borneo (Sabah)

Harapan kejuaraan Spurs terjejas

Gol tunggal Lanzini bantu West Ham kecewakan anak buah Pochettino

-

LONDON: Manuel Lanzini hampir memusnahka­n harapan Tottenham untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila penyerang West Ham itu memastikan kemenangan 1-0 untuk mencerahka­n lagi peluang Chelsea dinobatkan sebagai juara.

Pasukan Mauricio Pochettino menanggung akibat bagi persembaha­n yang hambar di Stadium London dan jaringan Lanzini pada separuh masa kedua mungkin telah menamatkan harapan mereka untuk memenangi kejuaraan buat pertama kali sejak 1961.

Tottenham yang menduduki tempat kedua masih ketinggala­n empat mata di belakang pendahulu Chelsea, yang dapat melebarkan kelebihan itu kepada tujuh jika mereka menewaskan kelab bermasalah Middlesbro­ugh di Stamford Bridge pada Isnin (waktu tempatan).

Tottenham tidak bermain lagi sehingga mereka melayan kunjunganM­anchesterU­nited pada 14 Mei dan ketika itu, Chelsea, yang bertandang ke West Bromwich Albion dua hari sebelum itu, mungkin sudah menjadi juara.

Chelsea memerlukan enam mata daripada empat perlawanan terakhir mereka untuk memenangi kejuaraan Inggeris pada musim pertama pengurus Antonio Conte menggalas tugas.

Conte tidak menyaksika­n nasib Tottenham, sebaliknya lebih suka keluar makan malam bersama isteri dan anak perempuann­ya, tetapi jika dia menyemak maklumat terkini dari Stratford, pencuci mulutnya pasti rasa lebih manis lagi.

“Persembaha­n kami bukan yang terbaik. Kami sedikit selekeh ketika kami dibolosi gol,” kata Pochettino selepas kekalahan pertama Tottenham dalam 10 perlawanan liga.

“Iamengecew­akan.Iabelum berakhir, tetapi sekarang kami perlu menunggu. Memang benar ia pasti sukar untuk mengejar Chelsea.”

Selepas tahun pertama yang bermasalah di stadium baharu mereka, ini adalah saat yang manis bagi West Ham, yang menjamin status mereka dalam liga utama untuk setahun lagi dan pada waktu yang sama memberi tamparan yang berpotensi ‘membunuh’ musuh ketat mereka.

Selepas laporan sejak seminggu lalu yang mendakwa Kyle Walker mungkin akan meninggalk­an Tottenham selepas dia bertengkar dengan Pochettino kerana diletakkan di bangku pemain simpanan kebelakang­an ini, pemain pertahanan kanan England itu dimasukkan semula ke dalam barisan kesebelasa­n utama di tempat Kieran Trippier.

Namun, seperti membayangk­an azab di hadapan, kepulangan Walker hampir bermula dengan memalukan apabila bola hantaran Andre Ayew menemui Lanzini di ruang yang dikosongka­n dengan cuai oleh pemain pertahanan Tottenham.

Nasib baik bagi Walker, Lanzini melakukan rembatan yang meleret dari sudut kecil sedangkan hantaran bola kepada Jonathan Calleri mungkin pilihan yang lebih bijak.

Selepas permulaan yang sambil lewa, Tottenham sepatutnya berada di depan pada pertengaha­n babak pertama apabila rembatan Harry Kane dari jarak 20 ela ditolak keluar oleh Adrian.

Bola susulan dari Dele Alli disekat balik kepada Kane di tepi kotak penalti dan penyerang Tottenham itu kelihatan pasti akan menjaringk­an gol, tetapi sekali lagi dia dinafikan apabila kaki yang diunjurkan oleh Adrian menolaknya ke atas.

Tandukan Eric Dier dari tendangan sudut yang dihasilkan memaksa Adrian untuk melakukan satu lagi sekatan tetapi beberapa minit kemudian Tottenham bernasib baik tidak ketinggala­n.

HantaranNo­blemelepas­kan Lanzini dan apabila Hugo Lloris berlari keluar dari garisannya untuk menyekat bola, West Ham menyaksika­n rayuan mereka bagi kekasaran ditolak manakala susulan lemah Cheikhou Kouyate ditolak keluar.

Begitu bergaya dalam kemenangan pada Ahad lalu ke atas musuh di utara London, Arsenal, pasukan Pochettino tidak begitu yakin ketika mereka berusaha untuk mengubah dominasi mereka kepada jaringan yang berharga.

Babak kedua tidak menunjukka­n sebarang peningkata­n dan Ayew, yang tidak dijaga 18 ela dari gawang, sepatutnya menghukum mereka tetapi rembatanny­a melambung tinggi.

Christian Eriksen, biasanya begitu tenang, menunjukka­n keresahan yang mengganggu permainan Tottenham apabila dia membiarkan hantaran Son Heung-Min terkenal pemain lain dan menuju ke arah Adrian apabila dia ternampak peluang untuk menjaringk­an gol di dalam kawasan West Ham.

Son mengugut dengan satu cubaan kencang, tetapi Adrian menepisnya keluar dan senario mimpi negeri Tottenham menjadi realiti yang kejam pada minit ke65.

Diporak-perandakan oleh bola hantaran lintang Aaron Cresswell, pertahanan Tottenham berpecah terlalu mudah dan apabila Ayew tidak dapat mengawal bola, bola sampai kepada Lanzini yang tidak dijaga untuk merembat bola masuk dari jarak dekat.

Dengan kejutan terpahat pada wajah mereka, Tottenham tidak dapat memberi jawapan.

Ia memerlukan aksi yang cemerlang daripada Lloris untuk menafikan Calleri dan kelibat Eriksen yang melakukan rembatan tinggi ke luar padang adalah sewajarnya pada malam yang melemahkan semangat bagi Spurs. – AFP

 ?? - Gambar Reuters ?? MANUEL Lanzini merembat masuk gol kemenangan West Ham menewaskan Tottenham Hotspur di stadium London.
- Gambar Reuters MANUEL Lanzini merembat masuk gol kemenangan West Ham menewaskan Tottenham Hotspur di stadium London.
 ?? - Gambar Reuters ?? PENYERANG Tottenham Hotspur Harry Kane, kecewa selepas pasukannya tewas kepada West Ham.
- Gambar Reuters PENYERANG Tottenham Hotspur Harry Kane, kecewa selepas pasukannya tewas kepada West Ham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia