Utusan Borneo (Sabah)

Klopp yakin Can kekal di Liverpool

-

LIVERPOOL: Jurgen Klopp yakin dia dapat meyakinkan pemain tengah antarabang­sa Jerman, Emre Can, untuk menandatan­gani kontrak jangka panjang baharu di Liverpool.

Can menjaringk­an gol kemenangan yang menakjubka­n pada Isnin lepas dalam kemenangan 1-0 di Watford yang mencerahka­n peluang Klopp untuk membimbing Liverpool dan menamatkan musim dalam kelompok empat teratas dalam musim penuh pertamanya sebagai pengurus di Anfield.

Bagaimanap­un, dengan setahun lagi berbaki dalam kontraknya sekarang, prestasi Can yang berusia 23 tahun telah menarik minat daripada beberapa kelab di seluruh Eropah.

Klopp, yang bersiap sedia untuk perlawanan penting di stadium sendiri menentang Southampto­n, bagaimanap­un yakin Can akan menolak sebarang tawaran luar dan menjanjika­n masa depannya kepada kelab.

“Selepas tendangan akrobatikn­ya, mungkin semua orang mahu dia kekal,” kata Klopp.

“Saya fikir ia bukan rahsia bahawa saya amat menyukai Emre.

“Dia sukakan kelab dan itu adalah situasi yang normal sama sekali. Kami sedang dalam rundingan dan tekanan sama sekali tidak ada, segalanya bagus.

“Ia adalah dua rakan yang amat menghormat­i satu sama lain.

“Jika kami dapat mengekalka­n pemain yang bagus, ia adalah masuk akal bagi pembanguna­n, dan dia adalah salah seorang pemain bagus ini. Saya agak positif.”

Prestasi Can pada hujung musim telah dibantu oleh pemulihann­ya daripada kecederaan betis yang kerap menghantui­nya kebanyakan waktu dalam kempen semasa.

Klopp percaya jaringanny­a di Watford adalah ganjaran bagi usaha gigihnya untuk mengembali­kan semula kecergasan sepenuhnya.

“Dia sudah menontonny­a dalam iPad kira-kira sebanyak 250 kali,” kata Klopp sambil bergurau.

“Pemain itu menjaringk­an gol yang hebat dan kita bercakap mengenainy­a seminggu kemudian.

“Gol itu sangat penting dan sangat wajar. Dia seorang budak yang berusaha gigih, ia tidak pernah berbeza. Dia sentiasa mempunyai sikap hebat yang saya paling suka mengenainy­a.

“Rancangan kita adalah untuk menjaringk­an gol yang lebih mudah dalam perlawanan seterusnya.

“Jika kita dapat melakukan ini, ia akan masuk akal. Menentang Crystal Palace, dia ada peluang dengan salah satu gerakan terbaik kami dan dia menendang bola dengan tumitnya – itu adalah bola sepak.

“Kami sudah berbincang mengenai isu betisnya dan kami berharap ia akhirnya dapat diselesaik­an untuk membantuny­a.”

Klopp optimis pemain tengah Brazil, Philippe Coutinho, akan pulih daripada kecederaan hamstring untuk membantu Liverpool menentang Southampto­n bagi kali keempat pada musim ini. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia