Utusan Borneo (Sabah)

Masuk percuma saksikan KDMM menentang UKM

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Masuk adalah percuma untuk menyaksika­n perlawanan Sabah KDMM FC menentang KL Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) pada saingan Kumpulan A liga Piala FAM di Stadium Keningau petang ini.

Sepak mula perlawanan adalah pada jam 4.15 petang dan orang ramai terutamany­a warga pedalaman peminat bola sepak datang beramairam­ai memberi sokongan kepada KDMM.

Berada di tangga tercorot dalam kalangan lapan pasukan, wakil kelab tunggal Sabah dalamsaing­andivisyen­tigabola sepak negara itu kini terdesak mendapatka­n tiga mata bagi terus menghidupk­an peluang mengintai sekurang-kurang tempat keempat untuk mara ke pusingan suku akhir.

Pengurus pasukan, Henry Saimpon berkata, ia adalah tugas berat tetapi KDMM tiada pilihan lain selain dapatkan tiga mata jika mahu terus menghidup peluang ke pusingan suku akhir.

“Ia tugas yang berat kerana ia adalah pertemuan antara pasukan teratas dan tercorot tetapi dalam bola sepak apapun boleh terjadi.

“Suasana dalam pasukan baik. Saya harap mereka dapat memberikan yang terbaik kerana kami perlukan tiga mata...kami perlu tebus kekalahan 4-0 di tangan lawan sama pada pusingan pertama,” kata Henry ketika dihubungi kelmarin.

KDMM kini di tangga tercorot selepas hanya menumpul lima mata daripada lapan perlawanan dengan rekod satu menang, dua seri dan lima kalah manakala UKM di tangga teratas selepas mengumpul 17 mata dengan rekod lima menang, dua seri dan satu kalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia