Utusan Borneo (Sabah)

Empat lelaki ditahan berhubung kes pukul di hadapan surau, dibebaskan

-

JOHOR BAHRU: Empat lelaki yang ditahan awal pagi ini berhubung kes pukul seorang pemandu di hadapan sebuah surau di Taman Austin Perdana di sini Jumaat lepas, telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata keempat-empat suspek berumur 21 hingga 55 tahun itu dibebaskan setelah keterangan mereka diambil.

Katanya, polis telah bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu mangsa dan orangorang di surau berkenaan bagi membincang­kan kes berkenaan dan setakat ini, ia disifatkan terkawal.

“Kita akan siasat dari pelbagai suduttetap­imasyaraka­tdiminta agar tidak menimbulka­n sebarang spekulasi di laman sosial.

“Saya juga mahu memberi amaran kepada penggunape­ngguna laman sosial di luar sana agar berhati-hati dalam mengeluark­an kenyataan.

“Sekiranya kita mendapati ada individu yang mengeluark­an kata-kata berbaur hasutan, kita akan ambil tindakan,” katanya.

Wan Ahmad Najmuddin berkata demikian selepas merasmikan Karnival Sukan dan Pasaria anjuran Persatuan Kebajikan Polis (PERKEP) Kontinjen Johor di perkaranga­n Dewan Dato’ Onn Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) negeri di sini, kelmarin.

Menurutnya, kejadian itu, sebelum ini sengaja disebarlua­skan oleh individu tidak bertanggun­gjawab yang tidak mempunyai maklumat tepat tentang kejadian.

Kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 1.00 tengah hari semalam, dipercayai berpunca daripada kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan sehingga menyukarka­n pergerakan kenderaan seorang pemandu, lalu menyebabka­nnya membunyika­n hon ketika solat Jumaat sedang berlangsun­g.

Tindakan itu mengakibat­kan sekumpulan lelaki dipercayai jemaah masjid merusuh di hadapan kenderaann­ya dan memukul pemandu terbabit.

Kejadian itu menjadi tular di laman sosial. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia