Utusan Borneo (Sabah)

Suspek buruan polis parah ditembak di Kajang

-

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan ketika cuba melarikan diri daripada buruan polis di Batu 9, Cheras, di sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata dalam kejadian kira-kira 1.45 pagi itu, dua suspek yang menaiki motosikal, dikejar tiga anggota polis Unit Rondaan Bermotosik­al di lebuh raya berhampira­n Taman Connaught.

Beliau berkata keduadua suspek yang berusia 34 dan 39 tahun itu cuba melarikan diri selepas terserempa­k dengan polis yang menjalanka­n rondaan di kawasan berkenaan.

“Polis mengejar mereka sehingga ke sebuah pasar raya di Batu 9 sebelum suspek yang membonceng motosikal mengeluark­an objek menyerupai pistol dan melepaskan tembakan ke arah polis.

“Sejurus selepas itu, tembakan suspek tersasar dan salah seorang polis kemudianny­a membalas tembakan suspek menyebabka­n suspek terus memecut motosikal ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis terus mengejar suspek sehingga ke Jalan Cheras Baru sebelum motosikal mereka terbabas dan kedua-duanya ditahan di lokasi itu.

Othman berkata hasil pemeriksaa­n mendapati suspek yang membonceng motosikal cedera pada tangan dan perut akibat terkena tembakan.

Menurutnya, polis juga menemui objek berbentuk pistol dipercayai pistol buatan sendiri serta empat butir peluru dan semakan polis mendapati masing-masing mempunyai 11 dan 15 rekod jenayah lampau kes samun berkawan dan penyalahgu­naan dadah.

Othman berkata suspek yang cedera parah dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan dan kedua-duanya direman tujuh hari bagi siasatan lanjut, dan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia