Utusan Borneo (Sabah)

Kestabilan, perpaduan penyumbang utama kepada kejayaan negara

-

KUALA LUMPUR: Kestabilan politik dan ekonomi serta perpaduan di kalangan rakyat perlu dikekalkan bagi memastikan kejayaan negara yang berterusan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau berkata sebagai menteri yang bertanggun­gjawab bagi perpaduan, menjadi tanggungja­wab beliau untuk sentiasa menggalakk­an dan memupuk keharmonia­n, perpaduan dan integriti dalam masyarakat atau komuniti di negara ini.

“Saya sentiasa percaya bahawa sebuah negara yang harmoni bermula dengan keluarga yang harmoni yang menikmati pembanguna­n perumahan yang harmoni” kata beliau pada majlis Anugerah Pemaju Berprestij Property Insight (PIPDA) 2017 dan jamuan malam di sini malam kelmarin.

Kurup berkata masyarakat yang bersatu-padu dapat mewujudkan barisan bersatu termasuk daripada segi mencegah aktiviti yang tidak diingini di kawasan kejiranan mereka.

Acara itu dianjurkan oleh Property Insight untuk meraikan pemaju terkemuka dan mengiktira­f sumbangan mereka kepada negara.

Pada majlis itu, beberapa anugerah disampaika­n kepada pemenang yang layak.

Mereka termasuk anugerah Pemaju Baru Muncul Terbaik yang diraih oleh M101 Holdings Sdn Bhd, sementara D Aman Residences Sdn Bhd memenangi anugerah Pemaju Perumahan Mampu Milik Terbaik dan Anugerah Pemaju Cemerlang dirangkul oleh Ideal Property Group.

Pengarah urusan kumpulan LBS Bina Group Berhad Tan Sri Lim Hock San dinamakan sebagai “Personalit­i Terbaik”.

Antara penerima anugerah Pemaju 10 Terbaik ialah Tropicana Corporatio­n Berhad, Mah Sing Group Berhad, Uda Holdings Berhad dan I & P Group Sdn Bhd. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia