Utusan Borneo (Sabah)

Mulut mudah menipu, tapi naluri hati tidak

Hargai ibu bapa, insan terdekat

- SADDAM EDRIS

MANUSIA bukanlah diciptakan sempurna, mereka juga perlu tempat meluahkan rasa yang terpendam untuk mendapatka­n sokongan, dorongan mahupun nasihat untuk terus jalani hidup ini.

Tapi manusia pada zaman yang serba canggih ini diibaratka­n sebagai robot yang tidak punyai perasaan dan hanya mementingk­an diri sendiri tanpa mempedulik­an insan sekeliling.

Atas sifat itu, setiap permasalah­an yang dihadapi walau kecil dan besar akan sukar diatasi sehinggala­h menyebabka­n insan lain jadi mangsa keadaan.

Bukan mencari jalan penyelesai­an, tapi diri akan mula lari bertempiar­an untuk tutup mata sekeliling lalu cari kesilapan orang lain.

Jari telunjuk pula akan mula memainkan peranannya sambil mulut jadi penyokong setia kata si dialah yang jadi penyebab setiap permasalah­an yang dihadapiny­a.

Situasi ini bukan disebabkan kesilapan diri akibat ego yang tinggi sahaja tapi juga berpunca ekoran tiada insan lain yang sedar bahawa individu seperti ini memerlukan sokongan dan nasihat dengan cara yang betul.

Berbalik kepada cerita awal, sebenarnya penulis mahu mencari idea coret sebuah isi hati insan yang sudah lama terpendam dek ditenggela­mkan oleh si kapal perang.

Insan ini adalah rakan baikku yang dikenali Amar juga pada awalnya takut akan keseronoka­n hidup yang dia lalui kini.

Katanya, keseronoka­n dunia dengan kejahatan menjadikan matanya buta melihat kebaikan dan ada sahaja yang akan dia persoalkan sehingga boleh menjatuhka­n hidup orang lain.

Persoalan demi persoalan tiba-tiba membuak tanpa ada noktah ketika si penulis dan Amar berbicara dengan rancak ketika kami bersua di gerai mamak. Amar cuba meringkask­an cerita ranjau hidupnya yang merasakan keseonokan membuat kejahatan yang beliau lakukan sepanjang hidupnya satu nikmat yang sukar

dicari ganti.

Tapi adakah ini jadi bermakna dalam hidupnya? Lantas Amar menjawab dengan cepat bahawa tidak ada makna pun malah bebanan hidup makin terus menghempap dirinya.

Kata Amar lagi dengan nada yang sedih menyatakan bahawa dia tidak tempat bergantung lagi untuk meluahkan perasaan sakitnya itu setelah ibu bapanya tidak menghirauk­annya lagi.

Jalan hidupnya makin suram dengan kejahatan, penipuan dan segalanya sehinggala­h satu saat pabila dia keseoranga­n di rumah banglonya lalu memandang ke langit, hati kecilnya mula berbisik.

“Siapakah aku yang diciptakan olehNYA sempurna fizikal tapi mula menjauh dariNYA?

“Hidup inikah yang aku impikan selama ini sehingga ramai yang terseksa malah ibu bapaku sendiri sudah mengabaika­n aku disebabkan aku tidak pun menghirauk­an keadaan mereka,” bisik hati dengan perlahan memandang bintang berkelipan di malam hening.

Tiba-tiba kata Amar kepadaku, dia terjaga dari lamunan saat bahu kanannya disentuh lembut oleh seorang insan yang membuatkan dirinya tenang sekali.

Rupa-rupanya insan yang menyentuh bahunya adalah insan yang melahirkan dan membesarka­nnnya iaitu ibunya.

Amar terkejut, sebab ibunya hadir di saat dirinya buntu, lalu si Ibu pun mengatakan kepadanya dengan nada lembut... “Mulut kita ni nak suka sangat membohong kan, tapi hati kita tidak.

“Macam mama dan papa juga, walaupun Amar tidak menghirauk­an kami sehingga kami tengking Amar dan marahi Amar, tapi dalam hati kami, Amar tetap anak kami,” katanya dengan linangan air mata.

“Tuhan menciptaka­n manusia ada fungsinya tersendiri, tapi luaran kita sahaja yang mudah berpaling tadah, tapi dalaman tidak jika kita asuh diri dekat padaNYA,” kata Ibunya kepada Amar.

Amar cuba menahan sebak dan memejamkan mata tetapi akhirnya dia tewas dengan pujukan insan mulia yang Tuhan ciptakan untuknya itu.

Tiba-tiba dakapan erat antara si anak dan ibu akhirnya meleraikan semua rasa sakit yang amat pendam.

Dalam benaknya, mungkin hidayah Tuhan kepadanya mulai hadir dan mekar dalam diri yang digelarnya sebagai si pendosa.

Amar mengatakan padaku bahawa dia masih ingat, ibunya pernah berpesan ketika dia berusia 9 tahun.. “jangan bebankan diri semata-mata mahu mencari keseronoka­n dan kebahagiaa­n tapi kesudahann­ya, jiwa raga terseksa akibat restu Ibu Bapa dan yang Maha Esa tiada.

“Semua itu kosong dan tidak ada ertinya meskipun hidup dibelenggu­i keseronoka­n,” katanya kepadaku.

Dari situlah, Amar mula sedari bahawa dirinya bukan hidup berkeseora­ngan tapi masih ada yang setia mendengar rintihan hati terutamany­a ibu bapanya sendiri walaupun dia berdosa mengabaika­n tanggungja­wabnya sebagai seorang anak.

Di sini, penulis ingin berpesan pada diri ini dan anak-anak muda bahawa jangan sampai insaninsan yang setia ini sudah pergi selamanya barulah terhegeh-hegeh menagih simpati kepada insan lain.

Mungkin ada insan yang tidak memiliki pertalian darah akan turut bersedia berkongsi rasa, tetapi ianya satu dalam sejuta di dunia ini.

Beri masa untuk kita berfikir seketika, siapa diri ini, siapa yang menciptaka­n diri ini, siapa yang mampu menjadi teman setia walau kita lari dari landasanNY­A?

Berbalik kepada yang fitrah, penuhi segala kekurangan walau tidak seindah rupa.

Penulis juga ingin mengambil kesempatan mengucapka­n Selamat menyambut Bulan Ramadan dan marilah sama-sama kita bermuhasab­ah pabila menjelang bulan mulia ini untuk menjadi insan yang mampu memberi kebaikan kepada orang lain walaupun hanya sekelumit.

Amar terkejut, sebab ibunya hadir di saat dirinya buntu, lalu si Ibu pun mengatakan kepadanya dengan nada lembut... “Mulut kita ni nak suka sangat membohong kan, tapi hati kita tidak. “Macam mama dan papa juga, walaupun Amar tidak menghirauk­an kami sehingga kami tengking Amar dan marahi Amar, tapi dalam hati kami, Amar tetap anak kami,” katanya dengan linangan air mata.

 ?? -Sekadar gambar hiasan- ?? HARGAILAH ibu dan bapa, insan mulia yang mengandung dan membesarka­n kita tanpa syarat.
-Sekadar gambar hiasan- HARGAILAH ibu dan bapa, insan mulia yang mengandung dan membesarka­n kita tanpa syarat.
 ?? Sekadar gambar hiasan- ?? PELUKAN ajaib seorang ibu mampu meleraikan semua rasa sakit yang terpendam.
Sekadar gambar hiasan- PELUKAN ajaib seorang ibu mampu meleraikan semua rasa sakit yang terpendam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia