Utusan Borneo (Sabah)

‘Menghidupk­an’ semula Sg Bunus

-

REPUTASI buruk Sungai Bunus di Kuala Lumpur yang sering dikaitkan sebagai punca kepada banjir kilat di sekitar Jalan Tun Razak, Jalan Gurney dan Kampong Bharu sudah semakin terhakis.

Projek tebatan banjir yang dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak enam tahun lepas telah menebus imej sungai yang sepanjang 9.2 kilometer (km) itu, dahulunya sering disalah anggap oleh orang ramai sebagai longkang.

Satu-satunya sungai di Kuala Lumpur yang bermula dan berakhir di dalam bandar, Sungai Bunus adalah cawangan Sungai Klang, bermula di Wangsa Maju, Setapak dan berakhir bertentang­an Wisma Bunus di Jalan Munsyi Abdullah.

Memandangk­an lokasinya di tengah bandar, JPS beberapa kali cuba untuk menyuntik kehidupan di tebing sungai ini dengan membuka taman rekreasi serta membina trek joging dan basikal di sekitar kawasan kolam tadahan banjir.

Malangnya taman dan trek itu terbiar ekoran kurangnya penyeleng-garaan JPS dan dana.

Kumpulan komuniti Sungai Bunus, komponen Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL), tampil dengan pelan induk untuk memperinda­h tebing sungai dan rizab Sungai Bunus menjadikan­nya ruang rekreasi bandar.

LA21KL dimulakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 10 tahun lepas untuk dijadikan sebagai pelantar bagi membawa masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan bersama-sama merancang dan melaksanak­an program pembanguna­n yang berterusan bagi menjadikan bandar raya ini tempat yang lebih baik untuk orang ramai hidup dan bekerja.

Pengasas dan Presiden sebuah NGO alam sekitar EcoKnights Yasmin Rasyid yang juga ahli kumpulan komuniti Sungai Bunus berkata, mereka bersungguh­sungguh menghidupk­an semula sungai sebagai lanskap sungai yang indah untuk menambah lebih banyak kehijauan di pusat bandar dan mewujudkan ruang rekreasi yang selamat untuk orang ramai.

“Kami telah mencetuska­n idea ini kepada DBKL dan JPS memandangk­an pada masa ini masih tidak jelas mengenai penjaga sebenar kesejahter­aan sungai ini kerana terdapat pertindiha­n dasar dalam hal tadbir urus sungai,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan komuniti Sungai Bunus telah mencadangk­an laluan berliku-liku untuk berbasikal dari hulu Sungai Bunus (di Wangsa Maju) turun ke sungai Klang di Kampong Bharu.

“Dengan potensi jarak sejauh 18km, laluan ini boleh berfungsi sebagai ruang rekreasi dan kawasan hijau di pusat bandar,” katanya.

Trek basikal dan joging sedia ada yang dibina JPS tidak bersambung antara satu sama lain, oleh itu ia perlu disambung bagi menjadikan­nya laluan untuk berbasikal sepanjang 18km suatu kenyataan.

“Laluan yang dicadang perlukan perhatian DBKL kerana terdapat beberapa bahagian (trek) yang kini telah terputus sambungan dan dengan itu, tidak mesra basikal.

“Untuk membuat landasan yang lebih mesra basikal atau untuk berjoging, isu-isu penyambung­an ini perlu dianalisis selanjutny­a.

“Beberapa kawasan akan memerlukan sama ada laluan bawah tanah atau jejambat basikal bagi memastikan laluan berliku-liku yang lancar keseluruha­nnya,” jelas Yasmin.

Seorang lagi anggota kumpulan komuniti Sungai Bunus Wong Hau Young, yang bertugas di Bike with Elena, sebuah organisasi yang menyediaka­n khidmat lawatan berbasikal secara berpandu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, ditugaskan untuk merancang peta trek basikal yang dicadangka­n daripada Wangsa Maju ke Kampong Bharu.

Beliau bagaimanap­un mendapati ia amat mencabar memandangk­an terdapat banyak jalan raya yang sangat sibuk di sepanjang kawasan itu.

“Saya mendapati laluan yang paling selamat akan melibatkan banyak laluan masuk keluar di kawasan perumahan.

“Tetapi laluan yang lebih pendek (dan lebih mudah) adalah di sepanjang Jalan Semarak, yang mana agak berbahaya kerana banyak kenderaan menggunaka­n jalan ini.

“Laluan dari Kampung Boyan (bertentang­an Wisma Bernama di Jalan Tun Razak) untuk Kampong Bharu juga tidak kurang mencabar kerana penunggang basikal perlu menyeberan­gi Jalan Tun Razak, yang juga amat sibuk dan berbahaya,” tambah beliau.

Yasmin berkata, selain laluan untuk berbasikal, kumpulan komuniti itu juga mencadangk­an agar mewujudkan taman buah di bandar dan ladang masyarakat, serta menyediaka­n pancutan air minum dan gimnasium terbuka di beberapa bahagian di sepanjang Sungai Bunus.

Mereka juga mencadangk­an agar menanam spesies tumbuhan tanah lembap di sepanjang laluan yang tercemar dan melaksanak­an program pengurusan sisa pepejal yang berkesan bersama-sama dengan komuniti sungai memandangk­an Sungai Bunus itu dicemari dengan sisa pepejal.

“Oleh kerana kita berusaha dengan bajet sifar untuk melakukan kesemua ini, kami mahu mendekati pihak-pihak atau golongan dermawan yang berminat untuk menyokong usaha-usaha kami,” kata Yasmin.

“Kami hanya mahu melihat sebuah sungai di bandar yang kembali kepada kehidupan.

“Isu banjir Sungai Bunus telah ditangani dengan baik dan kita dapati tidak berlaku banjir di kawasan ini dalam tempoh dua tahun lepas, jadi kami berharap untuk memberi tumpuan kepada memberi nyawa baharu kepada sungai ini demi kesihatan bandar,” ujarnya.

Sementara itu, kumpulan komuniti Sungai Bunus, berjaya mewujudkan Taman Sungai Bunus, sebuah taman rekreasi di samping kolam takungan banjir di Setapak, suatu wajah baru yang sangat diperlukan.

Anggota kumpulan, Kolej Vokasional Setapak (KVS) berhampira­n taman itu, mengambil alih tanggungja­wab menjaga Taman Sungai Bunus dan menganjurk­an beberapa siri gotong-royong untuk membersihk­annya.

Taman dilengkapi gazebo dan trek basikal dan joging, terabai beberapa tahun dan orang ramai jarang mengunjung­inya kerana takut didatangi orang yang tidak menentu (jahat) yang sering ke tempat itu.

Pengetua KVS Roslan Zainuddin berkata, pelajarpel­ajarnya mengelak daripada menghampir­i taman itu kerana ada di antara mereka pernah hampir menjadi mangsa samun ketika melalui kawasan itu.

“Sekarang taman di sini sudah hidup kembali,” kata Roslan gembira, sambil menambah: “Ia adalah tempat yang baik untuk orang ramai berehat kerana terdapat banyak pokok besar untuk berteduh.”

“Malah, tiada lagi bau busuk di pusat takungan dan sungai (Sungai Bunus) yang mengalir di hadapan taman ini,” katanya. -Bernama

 ??  ??
 ?? Gambar Bernama ?? PERBANDING­AN keadaan paras air sebelum (atas) dan selepas hujan lebat di Kolam Takungan Banjir Kampung Boyan, Titiwangsa baru-baru ini.
Gambar Bernama PERBANDING­AN keadaan paras air sebelum (atas) dan selepas hujan lebat di Kolam Takungan Banjir Kampung Boyan, Titiwangsa baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia