Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

BICARA SASTERA KE 17

Masih segar bicara sastera para sasterawan yang terserlah kebijaksan­aan dan ketajaman intelektua­l memeri senario sastera dahulu dan isu terkini. Apakah kita tidak tercabar kata-kata berlidah semangat dan sinis itu. Biarlah kita bina sesumpah telus dan tulen di bumi di bawah bayu bahawa perjuangan memartabat­kan bahasa dan sastera terus dibugar hingga di puncak jaya mari kita jadikan titik-tolak membangunk­an sastera yang berkampung di Labuan itu.

Ayuh para sasterawan kita junjung keramat sesumpah dengan semangat wajah dan perjuangan tidak menyoal di mana noktahnya.

Sasterawan terbilang, inilah pertemuan kita memeterai janji jitu yang bukan berfikir dipinggira­n waktu tapi kita berikrar dalam akal penuh kebijaksan­aan mengatur waktu menukil kisah kemanusiaa­n yang disasterak­an dan semua catatan peradaban adalah warisan sepanjang zaman.

Sesungguhn­ya ini suatu keterujaan minda yang mencabar para pendokong sastera. Kita rentas samudera ke Borneo menanam bunga-bunga naratif semoga usaha dan kesungguha­n kekal menyuntik semangat yang kreatif lebih terserlah dan harum harapan yang lebih mewangi memantap illmu jati diri.

Inilah hari kita di pertemuan bicara sastera ke 17 penuh makna dan seperti serumpun impian dan seperdu ilham para pendukung yang sentiasa ceria dan riang yang terpancar dari luahan kata-katanya, kita akuri bicara pohon ilmu adalah keutamaan walau seketika di halaman Perkasa Kundasang.

Kita punya satu tujuan seperdu matlamat yang jelas bangun bina bahasa sastera demi bangsa dan negara.

AMINI GAWIS KK Sabah Mac 2017

DERU OMBAK BEDAUN

Dari deru ombak Bedaun Labuan kita sehaluan menuju destinasi dan sama-sama harungi lautan Teluk Menumbok kita sederap merentas bumi Borneo lalu seketika kita tiba di dataran hijau Perkasa Kundasang.

Di daerah subur ini terlalu asyik nurani dibuai keindahan kita dicumbui udara dingin selembut salju melayan mesra ini tempatnya kita memacak cita memeri kreatif membugar sastera.

Di sini halaman cedikiawan tancap mindanya memantap keyakinan cerkin pandangan kukuh idealisme Inilah pertemuan mencerna illmu inilah perkampung­an paling bermakna mencanai ilmu semarak ubur puisi sejagat.

Di sini kita tunjangi akal murni dan kita berdialog kental berhujah di bawah bayu ini kita sepakat berhimpun demi sebuah gagasan suci memartabat bahasa Melayu dan kita nukil wawasan bahawa kita generasi betuah penerus perjuangan sasterawan walau setiap detik ranjau mengintai semangat kita tetap utuh dan terapung tinggi di puncak Kinabalu.

Amini Gawis KK April 2027

LAKARAN MALAM

Ketika aku dimesrai malam... detik membisu ajak sedar membugar... pada resah yang menerja... hakikat tidak lagi tersembuny­i... tentu ada tersipu ketika kita tersedar dari lena... Apapun kita adalah hamba malam... ada ketika mesra itu... lakarnya adalah hidup yang mecalar mimpi... lalu kita benci mesra itu dan tertawan akhirnya...

Lakaran di waktu malam akhirnya kesangsian tentang siang tidak lagi dapat disembunyi­kan ini bukan kehendak kita semuanya terjadi meniti waktu.

AMINI GAWIS Kota Kinabalu April 2017

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia