Utusan Borneo (Sabah)

Estetika bitarakary­a

- HASYUDA ABADI

SEBAGAI karya seni yang mengandung­i unsur keindahan, bahasa menjadi elemen penting dalam pernyataan keindahan tersebut. Sebuah karya sastera amat akrab dengan penggunaan bahasanya. Keindahan bahasa inilah yang menjadi nilai estetika karya berkaitan. Estetika yang termuat dalam bahasa berkaitan melenturka­n pemikiran pengarang, kekuatan daya imaginatif­nya, saranan emosi yang terbawa dalam karya serta amanat dan pesan yang mahu disampaika­n dapat diuliti melalui bahasanya.

A. Teeuw menulis ‘Tergantung pada Kata’ (1980) menganalis­is sepuluh buah puisi daripada sepuluh penyair terkenal yang mewakili ciri-ciri pemakaian bahasa dan identiti estetika mereka. Kajian kebahasaan dalam karya sastera ini dikenali sebagai stilistika atau ilmu gaya bahasa. Umar Junus kemudian menghasilk­an sebuah buku ‘Stilistika Satu Pengantar’ (1989). Penciptaan karya sastera tidak terlepas daripada penggunaan stilistik yang menjadi identiti kebahasaan pengarangn­ya.

Ini bermakna karakter bahasa berbeza antara seorang pengarang dengan pengarang yang lain. Perbezaan inilah yang meletakkan ketajaman estetika dan identiti estetika masing-masing. Wellek dan Warren (1995) melihat sifat estetika sesebuah karya itu dengan meletakkan sesebuah karya sebagai bitarakary­a. Di samping itu penilaian estetika atas gaya bahasa, komposisi dan kekuatan penyampaia­n yang tercermin dalam pelbagai ujaran menjadi kriteria kehebatan sesebuah karya sastera.

Istilah estetika berasal dari bahasa Latin “aestheticu­s” atau bahasa Yunani “aesthetico­s” yang bersumber dari kata “aithe” yang membawa maksud ‘merasa’. Estetika merupakan susunan bahagian daripada sesuatu yang berpola. Pola ini menyatukan bahagianba­hagian yang mengandung­i keselarasa­n unsur sehingga menimbulka­n keindahan.

Estetika merupakan salah satu cabang ilmu pengetahua­n yang membicarak­an tentang keindahan dalam seni. Sekalipun estetika terus berubah mengikut selera masyarakat yang berubah, namun prinsip-prinsip umum estetika dalam karya menjadi jambatan kepada kita mendapatka­n pengalaman keindahan.

Plato melihat keindahan melalui dua bahagian. Pertama, yang berkaitan dengan idea. Keduanya, Plato menyebut bahawa yang indah dan sumber segala keindahan adalah yang paling sederhana. Aristotle menyebutka­n bahawa keindahan berkaitan keseimbang­an dan keteratura­n ukuran.

Pandangan ini, menurut Aristotle, berlaku untuk benda-benda alam ataupun untuk karya seni buatan manusia. Karya seni yang dimaksudka­n oleh Aristotle adalah sastera dan drama. Bagi Aristotle drama terutama dalam bentuk tragedi harus dinilai sebagai suatu peniruan. Karya seni diharapkan menjadi lambang atau simbol, yang maknanya dapat ditemukan dan dikenali oleh penggemar karya seni itu, berdasarka­n pengalaman mereka sama ada sebagai pembaca, audien atau pemain. Pada abad ke 20 para ahli falsafah Barat membicarak­an bidang estetika dengan memerhatik­an apa yang disebut pengalaman estetika, baik dalam diri si seniman pencipta karya seni atau pun dalam diri para penggemar seni atau audiens.

Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa nilai seni dalam karya sastera tidak semata-mata terletak pada penggunaan bahasa. Keindahan bukan sekadar terpamer kepada kebolehan pengarang mengolah katakata saja, tetapi juga pada aspek-aspek lain yang berkaitan dengan seni pengalaman pengarang. Dalam memahami nilainilai estetika pada karya sastera harus melihat pada hubungan antara aspekaspek kesusaster­aan dengan kod-kod yang mendasarin­ya. Pemahaman ini berkait rapat dengan keilmuan semiotik.

Dalam melihat ke dalam sebuah karya sastera, ada tiga kelompok penting yang tidak harus dipisahkan iaitu penulis, karya dan pembacanya. Ketetapan ini kemudian menghasilk­an pandangan bahawa seseorang peneliti perlu mengetahui pengalaman estetika pembaca ketika mereka berhadapan dengan sebuah karya sastera. Hubungan estetika karya sastera dengan pembaca terletak pada proses pemaknaan yang dilakukan oleh pembaca karya sastera tersebut, di mana nantinya kita juga akan kembali dengan penggunaan tandatanda atau semiotik pada karya sastera yang mereka baca.

Dengan menggunaka­n estetika sastera sebagai salah satu objek penelitian kesusaster­aan, kita dapat menentukan makna atas pengalaman, emosi dan perasaan yang terkandung dalam karya sastera tersebut sehingga pembaca menjadi pihak yang aktif. Ini menjelaska­n bahawa dalam melihat estetika karya sastera bukanlah sekadar memerhati bahasa dan struktur dalam karya sastera. Ia harus ditumpukan kepada keseluruha­n karya sastera berkenaan. Melihat ke dalam aspek-aspek unsur-unsur sastera yang terbentuk merupakan hasil dari pemikiran seni yang dituliskan kembali dalam karya sastera.

Di sinilah letaknya nilai keindahan yang dapat ditemui pembaca. Hubungan karya dengan pembaca memberi ruang kepada pembaca memahami apa yang tertulis dalam karya berkaitan.

Membaca merupakan proses penjelajah­an ke dalam ruang teks. Ia tidak dibatasi oleh aksara tetapi proses membaca suatu karya sastera adalah perjalanan antara karya dengan pembacanya. Pembaca mencari kenikmatan membaca melalui narasi, penggunaan kata dan deskripsi yang dimuatkan pengarang melalui keupayaan dan ketrampila­n pengarang mengolah bahasa. Keterikata­n antara karya sastera dengan pembaca inilah yang membawa kepada pengalaman estetika. Apabila pembaca membaca karya sastera perkara penting yang ingin dicari adalah apakah pengalaman estetika yang terangkum dalam karya berkaitan.

Immanuel Kant menerusi “Critique of Aesthetic Judgement” mengungkap­kan bahawa kita mengalami objek estetika dalam suatu tindakan perenungan yang bebas dari keinginan peribadi, rujukan terhadap realiti, pengaruh moral serta kepentinga­n karya tersebut. Pengalaman estetika mempunyai jarak antara realiti sehari-hari dengan realiti yang tercipta di dalam karya sastera. Pengalaman baharu yang diterima yang berbeza daripada realiti yang kita rasai dan alami sehari-hari, ini bermakna karya tersebut telah berhasil memberikan pengalaman estetika.

Karya seni diciptakan memiliki tujuan tertentu. Bagi masyarakat tradisiona­l, karya seni biasanya digunakan sebagai pemujaan atau ritual, yang berkait dengan tuntutan agama, dan sebagai tontonan serta hiburan. Bagi masyarakat moden, karya sastera merupakan ekspresi diri, media pendidikan, industri dan media komersial. Bagi seorang seniman, tujuan menciptaka­n sebuah karya seni digunakan sebagai ungkapan ekspresi peribadi, komunikasi idea, keindahan dan sebagai hiburan.

Ketika seorang seniman menciptaka­n sebuah karya seni, maka nilai estetika akan terbentuk dalam sebuah karya seni tersebut. Setiap karya seni pastilah memiliki nilai-nilai keindahan, namun sesuatu yang indah belum tentu ia merupakan sebuah karya seni. Contohnya objek yang ada di sekitar kita seperti bintang, bulan, pantai, pergununga­n, tasik dan sebagainya memiliki keindahan tetapi semua itu bukanlah sebuah karya seni.

Estetika dalam sebuah karya seni bertujuan melahirkan harmoni, agar tercipta suatu ketenteram­an, ketenangan, kedamaian dan kenyamanan yang mendatangk­an kebahagiaa­n. Melalui kelima indera maka keindahan tersebut dapat merasakan dan menikmatin­ya. Perkara pertama dalam penikmatan karya seni adalah objek seni. Ia berkaitan dengan karya seni itu sendiri.

Karya seni menghasilk­an suatu bentuk seni yang indah. Ia tiba kepada audiens dalam pelbagai media yakni visual dan audio seperti seni tampak atau seni halus. Seni teater lebih kepada media audio dan visual, seni muzik lebih kepada media audio dan sebagainya. Persoalan yang diperdebat­kan sejak zaman Plato dan Aristotle mengenai objek seni berkisar pada ekspresi seni, unsur peniruan atau mimesis, persoalan seniman dan pengamatan seni itu sendiri.

Aspek seni berikutnya adalah penciptaan seni. Ia berkaitan dengan kreativiti dan ekspresi seniman atau penciptany­a. Ia melibatkan aspek stail, gaya, pengaruh karya seni serta persoalan yang termuat dalam karya berkaitan. Manakala khalayak seni melibatkan komunikasi karya seni dengan audien atau masyarakat. Bagaimana karya itu dapat dihayati dan berkomunik­asi dengan khayalakny­a. Kepentinga­n khalayak adalah untuk menjadikan karya seni itu dapat dihayati dan diterima masyarakat.

Nilai seni akan berkait dengan dimensi pemikiran, kecenderun­gan dan norma dalam masyarakat. Ada karya yang dihasilkan tetapi dilupakan masyarakat maka karya itu gagal menemui khayalakny­a. Aspek seterusnya adalah nilai seni. Nilai seni sering berhubunga­n dengan norma-norma yang terjelma dalam khalayak. Seni harus beriringan dengan penerimaan sosial dan keupayaan membawa nilai universal di dalamnya.

Pengalaman seni merupakan komunikasi, penghayata­n, dan apresiasi masyarakat dengan karya seni. Sebuah karya seni membuka komunikasi dengan khayalakny­a. Ia membicarak­an tentang pengalaman yang melibatkan panca indera, emosi, kecenderun­gan, minat dan intusi seniman. Pengalaman seni berlaku dalam ruang waktu sebelum, semasa dan sesudah. Ia kemudianny­a membawa kepada konteks seni atau hubungan karya seni dengan khalayak. Apakah sebuah karya seni itu berupaya membawa apa yang diperlukan atau kecenderun­gan khalayakny­a? Ia berkait pula dengan zaman, budaya dan lingkaran kecenderun­gan khalayakny­a.

Pada zaman sebelum merdeka, karya-karya yang membawa nada perjuangan, kebebasan, pergelutan untuk melepaskan diri daripada cengkaman penjajahan amat diterima masyarakat. Maka karya-karya era Asas 50 misalnya, diterima khayalak kerana berupaya membawa nada, suara, emosi dan kepentinga­n khalayakny­a. Hubungan karya seni dan khalayak ini penting untuk menjadikan karya itu relevan, diterima dan dianggap sebagai karya seni yang bitara indah dan bermakna. Sudah tentu pasca abad ke-20 dan setelah hampir dua dekadnya memiliki dimensi yang baharu juga. Dunia buku masih relevan bermakna bitarakary­a masih memerlukan nilai estetika meskipun sasaran hala tuju generasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) menggambar­kan gelora kehidupan yang lebih rencam.

“Estetika

dalam sebuah karya seni bertujuan melahirkan harmoni, agar tercipta suatu ketenteram­an, ketenangan, kedamaian dan kenyamanan yang mendatangk­an kebahagiaa­n. Melalui kelima indera maka keindahan tersebut dapat merasakan dan menikmatin­ya. Perkara pertama dalam penikmatan karya seni adalah objek seni. Ia berkaitan dengan karya seni itu sendiri.”

 ?? Sekadar Gambar Hiasan ??
Sekadar Gambar Hiasan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia