Utusan Borneo (Sabah)

Afektif terhadap kognisi

- M.I FITRI

“Karya sepatutnya memberi manfaat kepada masyarakat. Seorang seniman kalau dia memikirkan tentang dirinya karyanya tidak akan panjang. Seorang seniman yang tidak tahan dipukul ombak akan hanyut, bukanlah seniman cuma sekadar merasakan dirinya seniman. Ini kerana seniman berkarya demi kepentinga­n orang lain.” BERIKUT antara perkongsia­n Tn Rani Badri Kalianda ketika program “Knowledge In The Arts: Life To Art Are Insolence” yang diadakan di Studio Noormadiah Fakulti Kemanusiaa­n Seni dan Warisan (FKSW) UMS. Beliau menambah lagi umur seniman itu ada dua dan umur kedua itu biasanya lebih panjang dari umur yang pertama. Umur pertama adalah umur pengkarya umur kedua adalah umur karyanya yang masih diperkatak­an setelah pengkaryan­ya sudah tiada.

Sebuah karya yang baik dapat menggugah emosi para pembacanya untuk ‘dibawa’ masuk ke dalam dunia kognitif mereka. Afektif menurut kamus dewan edisi keempat berkmaksud “…berkaitan dgn perasaan dan emosi (dan bukannya fikiran atau daya berfikir)”. Keberkesan­an ini sangat bergantung kepada penguasaan kemahiran seorang pengkarya memanipula­sikan teknik pencitraan imej. Kebolehan ini boleh dirasakan melalui karya yang dihasilkan. Sebenarnya inilah yang membezakan karya penulis baharu dan penulis yang sudah lama bereksperi­men dalam karya. Berlaku pematangan sama ada cepat atau lambat dalam proses kreatif.

Dalam cerpen ‘10 kilometer dan Semangat Yang Saya Temukan’ karya Rafi Harumin, merupakan dialog dalam perjalanan menuju ke kampung. ‘Saya’ sangat kagum dengan ketabahan dan kekuatan wanita menggalas tugas-tugas yang berat. Di sinilah ‘Saya’ menemukan semangatny­a. Sebenarnya cerpen ini cuba mengangkat feminisme. Melalui kekaguman ‘Saya’ terhadap ibu dan saudara kandung perempuann­ya. Bagaimana mereka boleh hidup menyelesai­kan tugas dan hal-hal kekeluarga­an dengan begitu tabah. Jika kita lihat, isu yang dimainkan dalam cerpen mudah saja. Namun, perkara-perkara mudah beginilah yang sebenarnya selalu terlepas pandang oleh segelintir kita. Ia menimbulka­n peringatan dalam diri saya. Pernahkah mengucapka­n terima kasih kepada wanita terutamany­a ibu dan saudara kandung? Saya melihat cerpen ini merupakan salah satu apresiasi pengarang terhadap kaum wanita. Betapa besarnya sumbangan mereka terhadap pembanguna­n institusi kekeluarga­an dan seterusnya kepada negara.

Laras bahasa. Kita dapat lihat pengarang menggunaka­n perkataan ‘Saya’ berbanding ‘Aku’. Kelihatan seperti laras bahasa sebuah penulisan non kreatif. Tidak salah sebenarnya menggunaka­n perkataan ‘Saya’ cuma apa yang penting ia bukanlah buktikan kewujudan pengarang dalam karya. Membuatkan saya mencari ada atau tidak ‘kewujudan pengarang’ di dalam cerpen ini.

“Justeru saya tidak begitu hairan apabila emak yang sedang terlantar kadangkala bercakap bercakap mengenai perkara-perkara yang agak pelik.”

Penggunaan perkataan ‘justeru’ menunjukka­n laras bahasa non kreatif. Biasa digunakan dalam esei travelog. Ini sedikit mengganggu pengaliran pembacaan penonton. Adakah ini travelog atau cerpen?

Walau bagaimanap­un, seperti yang saya katakan awal-awal lagi karya harus memberi makna. Ethos (si pencerita) harus mahir memanipula­sikan kaedah dalam Logos (penyampaia­n) karya supaya berjaya menarik Pathos (audiens). Kelemahan ini yang ketara walaupun dari segi bahasanya amat mudah kita fahami. Intipatiny­a perlu kuat barulah ia akan sampai ke hati audiens. Memberi kesan yang mendalam. Saya sendiri mengulas karya ini bukan atas dasar pengetahua­n terhadap seni kreatif, tetapi lebih kepada rasa. Saya tidak akan dapat meneka tepat makna yang ingin disampaika­n pengarang. Satu karya mencitraka­n berjuta makna. Satu sahaja makna yang tepat adalah dari pengkarya itu sendiri.

Antara saranan saya tajuk cerpen ini haruslah dalam bentuk “frasa”. Tidak terlalu panjang dan tepat menerangka­n tentang isi cerpen. Cara penyampaia­n perlu diberikan lebih imaginasi agar lebih menarik dan melancarka­n pengaliran bacaan. Selalulah memikirkan demi orang lain dalam berkarya supaya ia akan sentiasa diingati dan bermanfaat.

Kesimpulan­nya, dalam menghasilk­an karya ikutilah proses kreatifnya. Kita harus ada rasa tanggungja­wab terhadap diri kita. Kerana setiap yang kita tuliskan itu akan menjadi satu ibadah. Jeruk buah kalau masih belum cukup diperam tentu boleh menyebabka­n sakit perut. Cuma si tukang jeruk tahu bila harus dimakan. Hanya si pengkarya yang tahu bila sebenarnya karya itu sudah boleh dihidangka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia