Utusan Borneo (Sabah)

Peraduan Hari Ibu Bapa Gintell tawar hadiah utama kerusi urut RM18,988

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR : Sebagai ibu bapa, tanggungja­wab utama mereka terhadap anakanak ialah memberikan kasih sayang dan keperluan yang secukupnya. Pengorbana­n mereka sangat besar dan tidak boleh diukur dari segi wang dan masa.

Namunbegit­u,sebagaiana­k anda mestilah ingin membalas jasa mereka dan tiada salahnya menyambut Hari Ibu Bapa untuk meraikan insan yang tersayang dan memberikan hadiah buat mereka.

Sehubungan itu, sempena sambutan Hari Ibu dan Bapa yang bakal menjelang tidak lama lagi, peneraju peralatan kesihatan di Malaysia, Gintell (M) Sdn Bhd (Gintell) bekerjasam­a dengan tiga akhbar utama Sabah dan Sarawak iaitu See Hua Daily News, The Borneo Post dan Utusan Borneo dalam menganjurk­an Peraduan Hari Ibu Bapa Gintell yang bertemakan “Sayangi Ibu Bapa”.

Ini adalah penganjura­n yang keempat bagi Gintell bersama tiga akhbar tersebut dan menawarkan hadiah keseluruha­n RM74,228 untuk dimenangi.

Pengurus A&P Gintell Aly Wong berkata, sambutan Hari Ibu dan Bapa yang menjelang tidak lama lagi bakal menjadi hari istimewa untuk menunjukka­n penghargaa­n atas nilai pengorbana­n mereka yang tiada penghujung.

“Pemberian hadiah bukan saja menjadi tanda kasih, malah boleh dilihat sebagai bukti besarnya sanjungan anak kepada ibu dan bapa mereka yang tercinta,”.

“Malah,merupakan cara penganjur membalas jasa pembaca setia akhbar dan pengguna setia Gintell. Ia juga ia juga salah satu cara Gintell untuk mengeratka­n hubungan kekeluarga­an melalui aktiviti seperti ini,” katanya pada wartawan Utusan Borneo ketika ditemui di pejabat urusan Gintell di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Ally lagi, bagi pembaca yang berminat untuk menyertai peraduan ini, syaratnya amatlah mudah. Para pembaca hanya perlu mengisi borang penyertaan di dalam setiap akhbar ini dan mengikut syarat-syarat penyertaan untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah.

“Tiada pembelian diperlukan untuk mengambil bahagian dalam pertanding­an kerana peserta hanya perlu mengisi borang yang boleh didapati daripada ketiga-tiga surat khabar iaitu See Hua Daily News, Borneo Post dan Utusan Borneo dan menjawab tiga soalan mudah,”.

“Peraduan yang bakal bermula pada Mei ini hanya terbuka kepada pembaca di Sabah dan Sarawak yang berumur 18 tahun ke atas sahaja dan bagi yang berminat anda boleh mendapatka­n borang peraduan tersebut pada 12 Mei hingga 4 Jun 2017. Anda juga boleh menghantar lebih daripada satu borang penyertaan namun begitu hanya satu pemenang sahaja yang akan dipilih,”

“Seiring dengan itu, bagi pembaca semua, jangan lepaskan peluang menyertai Peraduan Hari Ibu Bapa Gintell ini kerana Gintell menyediaka­n hadiah utama kerusi urut Gintell DéWise bernilai RM18,988,” jelas beliau.

Selaindari­padahadiah­utama, Gintell turut menyediaka­n pelbagai jenis hadiah lain seperti Gintell CyberAIR Compact, kerusi urut DéVano S FUNtastic Sofa, alat senaman Gintell i-So Curve dan hadiahhadi­ah lain yang menarik.

Tambah Ally lagi, pada 14 Mei ini, Gintell turut akan mengadakan hari bertemu peminat bersama duta Gintell iaitu artis terkenal antarabang­sa iaitu Simon Yam di dua lokasi pusat membeli belah yang berasingan yang bertempat di IOI Puchong Mall pada pukul 2 petang dan IOI Mall Putrajaya pada pukul 4 petang.

“Seiring dengan itu, jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu dengan Simon Yam untuk bersamasam­a memeriahka­n hari tersebut,”.

“Sempena Hari Ibu Bapa ini juga, kami turut mengadakan promosi jualan beli satu percuma satu untuk produk yang terpilih seperti DéVano S FUNtastic Sofa, kerusi urutDéVas HD, kerusi urut DéWise Care dan kerusi urut DéSpace UFO,”

“Bagi yang berminat, anda boleh berkunjung ke cawangan Gintell yang terdekat,” katanya lagi.

Memulakan operasinya pada tahun 1996, Gintell telah menerima pelbagai pengiktira­fan sejak beroperasi dan akan menyambut ulang tahunnya yang ke 21 pada tahun ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web GINTELL di

http://www.gintell.com atau berkunjung ke cawangan Gintell yang berdekatan dengan anda.

 ??  ?? DARI kiri, Eksekutif A&P GINTELL Alvin Ong, Pengurus Kanan Jualan Iklan See Hua Marketing Lionel Tiong, Pengurus A&P Gintell Aly Wong dan Pengurus Jenama dan Penjenamaa­n GINTELL Mac Chung melancarka­n hadiah utama Gintell Dé Wise HD di ibu pejabat...
DARI kiri, Eksekutif A&P GINTELL Alvin Ong, Pengurus Kanan Jualan Iklan See Hua Marketing Lionel Tiong, Pengurus A&P Gintell Aly Wong dan Pengurus Jenama dan Penjenamaa­n GINTELL Mac Chung melancarka­n hadiah utama Gintell Dé Wise HD di ibu pejabat...
 ??  ?? ALY WONG menunjukka­n hadiah utama kerusi urut GINTELL DéWise bernilai RM18,988.
ALY WONG menunjukka­n hadiah utama kerusi urut GINTELL DéWise bernilai RM18,988.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia