Utusan Borneo (Sabah)

Perintah berkurung di Esszone dilanjutka­n hingga 22 Mei

-

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir kelmarin dilanjutka­n hingga 22 Mei ini, kata Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Beliau berkata dengan pelanjutan yang bermula esok itu, penduduk di kawasan terlibat diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan itu antara 6 petang hingga 6 pagi.

Perintah tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran, katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

“Ia diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa yang menjalanka­n penyelidik­an serta pelancong yang melawat pulau-pulau peranginan,” katanya.

Berdasarka­n siasatan, katanya, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalanka­n kegiatan menculik bagi mendapatka­n wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

Ramli berkata perintah berkurung itu diteruskan bagi menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta yang berada di kawasan daratan Esszone.

Menurutnya, perintah tersebut turut memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal pasukan keselamata­n di sekitar kawasan mereka. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia