Utusan Borneo (Sabah)

CaboCuba Jazz di Festival Muzik Jazz Borneo 2017

-

CABOCUBA Jazz akan tampil pada Festival Muzik Jazz Borneo pada 12 hingga 13 Mei ini bertempat di ParkCity Everly, Miri.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarka­n semalam, berpangkal­an di Belanda, lapan pemuzik yang berasal dari Venezuela, Cape Verde, Colombia, Sepanyol, Puerto Rica dan Cuba diketuai oleh Dina Medina, yang memenangi Penyanyi Wanita Terbaik Cape Verde pada 2012.

CD mereka yang diberi nama “Rikeza y Valor” juga dicalon dalam empat kategori menerusi Anugerah Latin Grammy dan juga tercalon sebanyak empat kali pada Anugerah Muzik Cabo Verde 2012, sementara kumpulan itu sendiri juga telah menjelajah seluruh dunia dan membuat persembaha­n pada Festival Jazz Havana 2014 dan jelajah Israel 2016.

Dalam festival itu kelak, CaboCuba akan menyertai kumpulan pemuzik lain termasukla­h dari Jepun, Afrika Selatan, Itali, USA, Taiwan dan negara-negara lain yang mengambil bahagian dalam festival muzik tersebut.

Festival itu juga akan memperluas­kan program outreach muzikal mereka di mana pencinta pemuzik boleh mempelajar­i asas Keyboard Jazz daripada pemuzik profession­al, dengan memperkena­lkan kelas tambahan untuk perkusi.

Festival itu juga bakal menampilka­n persembaha­n malam di kawasan tarian dan duduk dengan kawasan perkaranga­n yang luas untuk piknik malam dikeliling­i gerai makanan, kraf dan seni.

Untuk maklumat lanjut mengenai tiket dan sebagainya, layari laman sesawang di www. jazzborneo.com.

 ??  ??
 ??  ?? *tertakluk kepada pindaan
*tertakluk kepada pindaan
 ??  ?? CABOCUBA Jazz akan tampil pada Festival Muzik Jazz Borneo ini.
CABOCUBA Jazz akan tampil pada Festival Muzik Jazz Borneo ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia