Utusan Borneo (Sabah)

Cungkil dan asah bakat anak muda di JPO

Peluang anak muda luar bandar tonjol bakat bidang muzik

- Oleh SADDAM EDRIS

J ESSELTON Philharmon­ic Orchestra (JPO) memberi peluang kepada anak-anak muda dari kawasan luar bandar tampil seterusnya mencungkil bakat mereka dalam industri muzik di negeri ini.

Pengasas JPO Yap Ling berkata, ia adalah peluang baik untuk pelajar yang berminat dan berpotensi tinggi untuk diasah ke peringkat lebih tinggi dalam industri muzik.

“Tujuan utama pengajaran program JPO Outreach adalah untuk memberi latihan percuma kepada pelajar-pelajar luar bandar mengendali­kan alat muzik dengan lebih mahir.

“Muzik bukan sesuatu yang mudah untuk dipelajari malah ia memerlukan dedikasi yang tinggi jika ingin mencapai ke peringkat seterusnya dan melalui program sebegini akan menjadi pusat anak-anak luar bandar ini meneruskan kerjaya mereka dalam bidang muzik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Konsert Jesselton Philharmon­ic Orchestra (JPO) sempena Sabah Fest 2017 di Wisma Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah, di sini malam Jumaat.

Konsert yang dihadiri seramai 600 pengunjung itu dihiburkan dengan persembaha­n daripada 70 pemuzik JPO termasuk 10 pelajar luar bandar dari Sky Hostel Komuniti Kota Marudu.

Ia juga diadakan bertujuan menjadi persembaha­n pengenalan sebelum bermulanya persembaha­n Teater Muzikal Supirak yang menjadi tarikan utama sempena festival berkenaan.

Turut membuat persembaha­n pada konsert itu ialah Maestro Antarabang­sa yang terkenal merangkap Penasihat Kehormat JPO Profesor Alexander Souptel dan Masako Suzuki White serta pengasas dan Konduktor Of Music Foundation Young Gordon Slu.

Orang ramai dihiburkan dengan sepuluh lagu, yang antaranya termasukla­h lagu klasik seperti The Sound of Music, The Phantom of Opera, Prays and The Pirates of the Carribean.

Konsert itu turut menampilka­n persembaha­n solo dari Dayang Ceria Popstar dan penyanyi popular Kadazan Fabian William diiringi persembaha­n balet dari dua kanak- kanak perempuan berusia lapan tahun.

Turut hadir ialah Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Masidi Manjun dan Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

“Muzik

bukan sesuatu yang mudah untuk dipelajari malah ia memerlukan dedikasi yang tinggi jika ingin mencapai ke peringkat seterusnya dan melalui program sebegini akan menjadi pusat anak-anak luar bandar ini meneruskan kerjaya mereka dalam bidang muzik YAP LING Pengasas JPO

 ??  ?? ALEXANDER (kiri) dan Masako (kanan) bersama pemuzik okestra.
ALEXANDER (kiri) dan Masako (kanan) bersama pemuzik okestra.
 ??  ?? FABIAN
FABIAN
 ??  ?? KESEMUA pelajar luar dari Sky Hostel Komuniti Kota Marudu merakam gambar kenangan.
KESEMUA pelajar luar dari Sky Hostel Komuniti Kota Marudu merakam gambar kenangan.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N nyanyian oleh penyanyi Mohd Afiq adan Marilenney Fane JL Paul berjulul ‘Takkan Pernah Menjauh’.
PERSEMBAHA­N nyanyian oleh penyanyi Mohd Afiq adan Marilenney Fane JL Paul berjulul ‘Takkan Pernah Menjauh’.
 ??  ?? YAP bersama pemuzik dari Jesselton Philharmon­ic Orchestra (JPO) yang lain.
YAP bersama pemuzik dari Jesselton Philharmon­ic Orchestra (JPO) yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia