Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak cipta satu lagi sejarah sempena AIFFA 2017

Lakar dua rekod dunia; himpunan peserta teramai pakai kostum kucing dan tikar rotan terpanjang

-

KUCHING: Sarawak mencipta satu lagi sejarah menerusi kejayaan mencipta dua Rekod Dunia Guinness sempena Anugerah Filem Antarabang­sa Asean (AIFFA) 2017.

Rekod pertama yang berjaya dicipta adalah menerusi acara perhimpuna­n peserta paling ramai memakai kostum kucing di Panggung Udara, Taman Budaya di sini petang Khamis.

Pengurus Rekod Dunia Guinness Hoda Khachab ketika mengumumka­n pencapaian tersebut berkata, seramai 440 peserta dalam kostum kucing berjaya dikumpulka­n pada acara itu.

“Untuk tersenarai dalam Rekod Dunia Guinness, acara ini perlu disertai oleh sekurang-kurangnya 250 peserta dan mereka perlu memakai kostum kucing sekurangku­rangnya lima minit.

“Suka saya umumkan di sini bahawa, acara pada hari ini (Khamis) berjaya mengumpul seramai 440 peserta sekali gus berjaya disenaraik­an dalam Rekod Dunia Guinness,” ujarnya.

Selesai pengumuman itu, Hoda menyampaik­an sijil Rekod Dunia Guinness kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah hadir mewakili Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg bagi pelancaran AIFFA 2017 yang berlangsun­g di bandar raya ini dari 4 hingga 6 Mei.

Pada malam itu, Uggah turut menerima satu lagi sijil Rekod Dunia Guinness menerusi kejayaan menganyam tikar rotan terpanjang di dunia berukuran 1,128.272 meter.

Tikar ini dianyam oleh sekumpulan 400 wanita Orang Ulu dari Baram, Murum dan Belaga menggunaka­n 1.4 tan rotan diketuai oleh Datin Debong Anyi.

Tikar itu dihamparka­n di sepanjang Panggung Udara, Taman Budaya di sini sehingga Jumaat untuk dilihat oleh pengunjung selain sebagai alas tempat duduk pengunjung.

Dalam pada itu, acara AIFFA bagi edisi 2017 bermula secara rasminya kelmarin selepas simbolik pelancaran oleh Uggah dengan memotong reben bagi melepaskan belon udara di Panggung Udara di sini.

Pelancaran AIFFA pada malam itu turut dihiburkan dengan persembaha­n penyanyi terkenal Datuk David Arumugam dari Alleycats dan penyanyi kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaizah.

Pengunjung serta tetamu turut dihiburkan dengan penampilan pelawak dari Singapura yang lebih dikenali sebagai Phua Chu Kang serta maskot Upin dan Ipin.

Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Pelanconga­n Datuk Lee Kim Shin, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datu Ik Pahon Joyik dan Pengarah Festival AIFFA 2017 Livan Tajang.

 ??  ?? SERAMAI 440 peserta dengan kostum kucing berjaya dikumpulka­n di Panggung Udara, Kuching sekali gus tersenarai dalam Rekod Dunia Guinness.
SERAMAI 440 peserta dengan kostum kucing berjaya dikumpulka­n di Panggung Udara, Kuching sekali gus tersenarai dalam Rekod Dunia Guinness.
 ??  ?? UGGAH (tiga kanan) menerima sijil Rekod Dunia Guinness daripada Hoda (tiga kiri) .
UGGAH (tiga kanan) menerima sijil Rekod Dunia Guinness daripada Hoda (tiga kiri) .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia