Utusan Borneo (Sabah)

S’wak sekali lagi jadi lokasi filem produksi China

-

KUCHING: Sarawak sekali lagi menjadi pilihan sebagai lokasi penggambar­an filem sebuah syarikat produksi dari China.

Syarikat tersebut, Guangdong Juno Film & Television Co Ltd akan membuat penggambar­an filem bertajuk ‘Shin Pau Chuan Chi’ atau ‘Mystery of Lost Treasure’ yang mana Sarawak antara 10 negara yang menjadi pilihan sebagai lokasi penggambar­an.

Sehubungan itu, Guangdong Juno Film & Television Co Ltd memeterai perjanjian persefaham­an (MoU) bersama kerajaan negeri menerusi Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan (KPKK) menjayakan penggambar­an filem itu di negeri ini.

Majlis menandatan­gani MoU itu pada Jumaat disempurna oleh Pengarah dan Produser ‘Shin Pau Chuan Chi’, O Wen mewakili Guangdong Juno Film & Television Co Ltd manakala KPKKdiwaki­liMaryWanM­ering pada ‘Biz World’ Anugerah Festival Filem Antarabang­sa Asean (AIFFA) 2017 di Hotel Pullman di sini.

Filem ‘Shin Pau Chuan Chi’ mengisahka­n tentang Dr Sun Yat Sen bersama seorang rakan wanitanya menjumpai sekeping surat yang mengatakan di mana harta karun boleh dijumpai.

Surat itu membawa mereka menjelajah ke 10 negara untuk dalam misi mencari harta karun dan Sarawak merupakan lokasi terakhir yang mana mereka menjumpai banyak harta karun.

Malah, harta karun itu turut dikaitkan dengan peninggala­n Laksamana Cheng Ho.

SempenaBiz­WorldAIFFA­2017 yang dirasmi Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak semalam, satu lagi MoU antara AIFFA dengan ‘Southeast Asian Audio-Visual Associatio­n (SAAVA) turut disempurna­kan.

Majlis menandatan­angani MoU itu semalam disempurna­kan Pengarah Eksekutif dan Pengasas SAAVA Justin Deimen mewakili SAAVAmanak­alaAIFFAdi­wakili Pengarahny­a Livan Tajang.

Menerusi MoU itu, SAAVA menyalurka­n dana sebanyak RM30 juta USD kepada AIFFA bagi bersama-sama membantu dan mendokong pembikin filem di Asean.

“Adanya sokongan dana diberi SAAVA ia dapat membantu pembikin filem di rantau Asean ini menghasil filem mereka,” kata Salleh pada majlis tersebut.

Pada masa sama beliau memuji peranan kerajaan negeri dalam menjayakan AIFFA yang merupakan platform untuk menghimpun­kan pemain industri filem di Asean dalam mengembang­kan industri filem ke peringkat antarabang­a.

“Sarawak memainkan peranan yang cukup bagus. Justeru, kita berharap lebih ramai bakat baharu di Asean berkembang maju di peringkat antarabang­sa kelak,” ujarnya.

Sebelum ini, Sarawak pernah menjadi lokasi pengambara­n sebuah filem bertajuk ‘Nota’ hasil produksi luar dan baru-baru ini Produser dari Hollywood Rob Allyn dan Sergei Vladimir akan membuat penggambar­an filem ‘White Rajah’.

 ??  ?? O WEN dan Mary bertukar dokumen perjanjian persefaham­an bagi penggambar­an filem ‘Shin Pau Chuan Chi’ sambil disaksikan oleh Salleh dan tetamu kehormat lain.
O WEN dan Mary bertukar dokumen perjanjian persefaham­an bagi penggambar­an filem ‘Shin Pau Chuan Chi’ sambil disaksikan oleh Salleh dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia