Utusan Borneo (Sabah)

Tiga tokoh berjasa PBB terima anugerah

Anugerah Jasamu Dikenang hargai pengorbana­n dicurahkan Tun Taib, Allahyarha­m Adenan dan Jabu

-

KUCHING: Tiga tokoh berjasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan menerima Anugerah Jasamu Dikenang pada Perhimpuna­n PBB ‘Jasamu Dikenang’ yang diadakan hari ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Anugerah itu diberi untuk menghargai jasa dan pengorbana­n yang dicurahkan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Tun Taib dan Adenan merupakan bekas presiden parti terbesar dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak itu dan bekas Ketua Menteri, manakala Jabu merupakan bekas timbalan presiden dan Timbalan Ketua Menteri.

Tun Taib dan Jabu akan hadir menerima anugerah masing-masing, manakala balu Allahyarha­m Adenan, Datuk Amar Jamilah Anu akan mewakili arwah suaminya.

Pengerusi jawatankua­sa induk penganjur, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika dihubungi berkata selain upacara penganuger­ahan, perhimpuna­n sehari itu juga akan menyaksika­n pelancaran buku ‘Jasamu Dikenang.’

“Sejumlah 5,000 lebih naskhah buku yang berkisar tentang tiga tokoh parti ini akan diedarkan kepada para perwakilan pada perhimpuna­n esok (hari ini),” kata Uggah yang juga pemangku Timbalan Presiden PBB.

Buku yang juga mengandung­i gambar-gambar tiga tokoh itu dicetak dalam lebih 300 muka surat.

“Semua persiapan berjalan lancar dengan menyaksika­n para perwakilan mula mendaftar sejak pagi tadi (Jumaat),” kata Uggah.

Perhimpuna­n itu akan bermula dengan ketibaan perwakilan kira-kira 5,000 orang daripada 82 cawangan PBB seluruh negeri di BCCK pada jam 7.30 pagi.

Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dijadual tiba pada 9.20 pagi, manakala Tun Taib akan tiba pada 9.30 pagi.

Majlis bermula dengan ucapan aluan Uggah disusuli dengan tayang video yang turut mengisahka­n perjuangan tiga tokoh amat disegani parti itu.

Sejurus itu, Abang Johari yang juga Ketua Menteri akan menyampaik­an ucapan sebelum melancarka­n buku ‘Jasamu Dikenang.’

Tun Taib dijadual akan menyampaik­an amanat selepas menerima anugerah.

Pada jam 2 petang bermula pembentang­an kertas kerja ‘Persediaan Ke Arah Ekonomi Digital’ oleh pegawai di Unit Pemodenan Perkhidmat­an Negeri, Jabatan Ketua Menteri Dr Zaidi Razak.

Sesi itu akan dipengerus­ikan pemangku Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Pada penghujung perhimpuna­n, Abang Johari akan menyampaik­an ucapan penggulung­an.

PBB ditubuhkan pada 1973 menerusi penggabung­an Parti Bumiputera Sarawak dan Parti Pesaka Anak Sarawak (Pesaka).

Tun Taib digantikan oleh Adenan sebagai presiden pada 1 Mac 2014 hingga Adenan meninggal dunia pada 11 Januari 2017.

Abang Johari yang dilantik sebagai Ketua Menteri pada 13 Januari 2017 menggantik­an Adenan secara automatik menjadi presiden parti.

 ??  ?? SEBAHAGIAN perwakilan daripada 82 cawangan PBB ketika mendaftar di BCCK.
SEBAHAGIAN perwakilan daripada 82 cawangan PBB ketika mendaftar di BCCK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia