Utusan Borneo (Sabah)

SKMM nafi pantau, intip kandungan mesej WhatsApp

-

KUCHING: Berita mendakwa Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memantau atau mengintip perkara dimuatkan pengguna WhatsApp dalam aplikasi itu yang menjadi tular baru-baru ini adalah palsu.

Perkara itu ditegaskan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak yang memberitah­u SKMM hanya sebuah badan pengawal selia dan tidak memantau atau mengintip perkara dimuatkan pengguna dalam WhatsApp.

“Mesej menjadi tular yang mendakwa SKMM memantau kandungan dalam aplikasi itu sama sekali palsu dan tidak benar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Biz World Anugerah Festival Anugerah Filem Antarabang­sa Asean (AIFFA) 2017 di Hotel Pullman di sini, pada Jumaat.

Malah, Salleh menegaskan selama ini kementeria­n berkenaan hanya memberi nasihat kepada masyarakat umum supaya tidak menyalahgu­nakan media sosial berikutan mereka terikat kepada undang-undang dan peraturan negara.

“Sungguhpun kita mempunyai kebebasan untuk bercakap dan menulis, namun kitatidakm­empunyaike­bebasan memuat dakwaan atau khabar angin yang mengancam kestabilan negara dan akhirnya memusnahka­nnya.

“SKMM hanya badan pengawal selia. Pihak berkuasa lain akan mengambil tindakan perlu terhadap sesiapa yang didapati memuatkan dakwaan dan berita tidak berasas dalam media sosial,” katanya.

Antara mesej yang menjadi tular berbunyi, ‘Harap maklum bahawa setiap posting di dalam group WhatsApp adalah dipantau oleh pihak SKMM 24 jam sehari.’

Terdahulu, pada majlis perasmian Biz World AIFFA 2017, Salleh berkata, ia merupakan platform terbaik untuk pemain industri filem di Asean melebarkan kerjasama bagi membincang dan mempromosi­kan filem Asean di pasaran antarabang­sa.

“Justeru, saya berharap pembikin filem dari semua negara Asean akan memanfaatk­an Biz World AIFFA ini dengan sebaikbaik­nya agar kita dapat bersamasam­a memberi yang terbaik kepada kira-kira 600 juta rakyat di Asean ini menerusi filem berkualiti,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia