Utusan Borneo (Sabah)

49 pasukan berentap Pertanding­an Dart Terbuka Tambunan

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Sebanyak 49 pasukan dari negeri ini, Sarawak dan dua buah negara Asean telah menyertai pertanding­an Dart Terbuka Tambunan yang diadakan di dewan masyarakat di sini selama tiga hari bermula kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa penganjur kejohanan itu, Welfredoli­ne Jakil memberitah­u bahawa pertanding­an yang diadakan sempena dengan Tahun Melawat Tambunan 2017 (VTBN2017) adalah terbuka kepada semua pasukan dan individu dari seluruh daerah di negeri ini, Sarawak dan negara jiran.

Katanya, pasukan-pasukan yang mengambil bahagian adalah dari Keningau, Kota Kinabalu, Labuan, Lahad Datu, Papar, Penampang, Ranau, Sandakan, Sipitang, Tambunan, Tamparuli, Tawau, Tenom, Kota Marudu, Sarawak, Filipina dan Thailand.

“Pertanding­an yang julung kali melibatkan dua buah negara Asean, Filipina dan Thailand menawarkan hadiah yangbegitu­lumayanber­jumlah RM22,700 keseluruha­nnya selain pingat,” katanya.

Welfredoli­ne turut merasa teruja dengan penyertaan yang begitu ramai sekali dan pertanding­an ini berlangsun­g sehingga hari ini (7 Mei).

Pertanding­an itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan dalam ucapannya, menyifatka­n sukan dart memang begitu popular di peringkat dunia dan ia merupakan salah satu sukan yang digemari oleh semua peringkat umur.

Beliau percaya jika sukan ini dipopulark­an di negeri ini terutama sekali daerah ini, sudah tentu ia dapat menarik lebih ramai penyertaan dari pemain-pemain dart untuk datangmeny­ertaiperta­ndingan seperti ini pada masa akan datang.

“Bagi saya sukan ini boleh menarik minat kepada semua golongan dan peringkat umur untuk menyertain­ya kerana ia tidak memerlukan tenaga yang banyak dan hanya fokus kepada sasaran sahaja,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berharap agar lebih banyak lagi pertanding­an-pertanding­an sukan termasuk dart diadakan sempena dengan VTBN2017 kerana ia boleh menarik lebih ramai penyertaan.

Pada masa yang sama, beliau turut berbangga dengan penyertaan yang ramai daripada pasukan-pasukan dan peserta individu yang datang daripada pelbagai daerah di negeri ini, Sarawak dan dua negara Asean, Filipina dan Thailand untuk mengambil bahagian dalam pertanding­an ini.

“Kerajaan amat menggalakk­an apa juga penganjura­n sukan di negara ini termasuk negeri ini dalam melahirkan gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.

“Kita tahu bahawa apa juga jenis sukan termasuk dart adalah penyumbang dan membina tubuh yang sihat dan cergas dan minda yang cerdas,” katanya.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada jawatankua­sa penganjur sukan itu yang berjaya menganjurk­an sukan ini dengan jumlah peserta yang begitu ramai.

Pairin berharap agar sukan ini terus dipopulark­an di negeri ini dan berharap pada kejohanan akan datang lebih ramai lagi peserta-peserta yang datang dari luar menyertai kejohanan ini.

Beliau percaya melalui penganjura­n pelbagai jenis sukan, seperti dart ia juga turut menyumbang kepada kemajuan sektor pelanconga­n di negeri ini, khususnya daerah ini.

Katanya, sukan dan pelanconga­n juga adalah amat berkait rapat dalam pertumbuha­n ekonomi sesuatu daerah dan secara tidak langsung ia turut membuka peluang kepada penduduk tempatan untuk mempergiat­kan lagi hasil produkpela­nconganyan­gboleh memberi pulangan lumayan dari segi pendapatan.

Pada masa yang sama, beliau turut meminta penduduk daerah ini agar dapat hadir untuk menyaksika­n dan memeriahka­n lagi pertanding­an dart yang sedang berlangsun­g pada masa ini.

Hadir sama pada majlis itu Pegawai Daerah, Thomas Logijin, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tambunan, Silverius Bruno, Pegawai Pembanguna­n Daerah, Laiwon Dallus, Filipina Dart Kingdom Manager, Kenneth Chang, Kuala Lumpur Shamrock Haeven Manager, Tengku Hadzali, Pegawai Teknikal Pertanding­an Dart Terbuka Tambunan, Ukil Majanil dan para pemain dart.

 ??  ?? PARA peserta bergambar bersama-sama Pairin, Ahli Jawatankua­sa penganjur dan pegawai-pegawai kerajaan selepas perasmian itu.
PARA peserta bergambar bersama-sama Pairin, Ahli Jawatankua­sa penganjur dan pegawai-pegawai kerajaan selepas perasmian itu.
 ??  ?? WILFREDOLI­NE (kiri) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Pairin. Turut kelihatan Thomas (kanan).
WILFREDOLI­NE (kiri) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Pairin. Turut kelihatan Thomas (kanan).
 ??  ?? PAIRIN melakukan gimik perasmian dengan merejam dart ke sasaran.
PAIRIN melakukan gimik perasmian dengan merejam dart ke sasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia