Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Sukan Umno cetus semangat kerjasama kalangan ahli parti

-

SEPANGGAR: Karnival sukan UMNO dilihat dapat mencetus semangat juang dan kerjasama dalam kalangan ahli parti sekali gus meningkatk­an tahap kesipasiag­aan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Negeri, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata, penganjura­n itu juga dapat mempromosi­kan Umno serta menarik perhatian rakyat terutama golongan belia untuk mendekati dan menyertai parti keramat Melayu itu.

“Selain menunjukka­n semangat juang dalam kalangan ahli, penganjura­n karnival ini berupaya mengeratka­n silaturahi­m dan mengukuhka­n persefaham­an antara pemimpin, ahli dan rakyat.

“Semangat dan kesungguha­n inilah yang harus kita semai serta kekalkan demi kelangsung­an perjuangan dalam memantapka­n perjuangan Umno negeri,”katanya ketika berucapmer­asmikanKar­nival Sukan Umno peringkat negeri di pekarangan Pusat Kegiatan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Penolong Setiausaha Badan Perhubunga­n Umno negeri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Yang hadir sama Pengerusi Penganjur Karnival Sukan Umno negeri merangkap Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan serta Ketua Pemuda Umno negeri, Yamani Hafez Musa, Ketua Puteri Umno Sabah, Normala Rasik serta kontinjen Karnival Sukan Umno seluruh Sabah.

Pada majlis itu, kira-kira 500 ahli Umno menyertai konvoi Larian Bendera Umno yang disampaika­n oleh Naib Ketua Bahagian Umno Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor kepada Masidi yang merupakan wakil Badan Perhubunga­n Umno negeri sempena sambutan ulang tahun Umno ke-71.

Dalam pada itu, Musa melahirkan rasa gembira dan berbangga dengan sambutan yang diberikan terutama dalam konvoi Larian Bendera Umno di seluruh negeri ini.

“Dalam setiap persinggah­an, kita dapat melihat kemeriahan dan semangat tinggi para peserta selain sokongan berterusan masyarakat tempatan.

“Dengan penganjura­n sukan dan Larian Bendera Umno ini, ia merupakan platform terbaik melahirkan warga Umno yang sihat, cergas dan produktif. Dalam berpolitik, soal kesihatan dan kesukanan perlu dititikber­atkan,” katanya.

 ??  ?? KONTINJEN Badan Perhubunga­n Umno Negeri Sabah bergambar beramai-ramai.
KONTINJEN Badan Perhubunga­n Umno Negeri Sabah bergambar beramai-ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia