Utusan Borneo (Sabah)

Wenger, Mourinho ambil tindakan damai

Arsenal menanti kunjungan Manchester United di Emirates malam ini

-

LONDON: Pengurus Arsenal Arsene Wenger dan rakan sejawatann­ya di Manchester United Jose Mourinho ternyata enggan bermain minda menjelang perlawanan di antara kedua-dua pasukan mereka pada malam ini (Ahad).

Perlawanan ArsenalUni­ted dahulu merupakan perlawanan epik yang lasak dan menentukan musim manakala perhubunga­n Wenger dengan Mourinho bergemeres­ik dengan permusuhan kebanyakan waktu sejak 13 tahun lalu.

Namun dengan kedua-dua pasukan yang bersaing untuk menamatkan musim dalam kelompok empat teratas dalam Liga Perdana Inggeris – dan mengintai piala dalam pertanding­an lain – amalan biasa menjelang peraduan di Stadium Emirates adalah kesesalan.

“Dia tidak perlu berdamai,” kata Mourinho apabila diberitahu bahawa Wenger telah menyuaraka­n kesediaan untuk berdamai dengannya.

“Apabila ada keamanan, kita tidak perlu ada masalah. Saya seorang budak besar. Saya berada dalam bola sepak sepanjang hayat saya. Saya tahu masalah di atas padang bukanlah masalah lagi pada keesokan hari.

“Dalam perlawanan terakhirdi­OldTraffor­d,kami berjabat tangan sebelum dan selepas (perlawanan). Saya ingat bahawa saya berjumpa dengannya di koridor untuk sidang akhbar dan kami berjabat tangan sekali lagi.

“Jadi bagi saya, ia bukan masalah sama sekali dan saya fikir dia pasti akan rasa amat gembira dengan saya kerana saya akan mengubah pasukannya untuk menentang Arsenal.”

Kebimbanga­n utama Mourinho adalah jenis pasukan yang dia dapat turunkan, selepas United bermain dalam perlawanan yang sukar menentang Celta Vigo pada Khamis lepas, apabila mereka mendahului dengan agregat 1-0 dalam perlawanan separuh akhir Liga Europa.

Ashley Young dimasukkan ke dalam senarai kecederaan United selepas dia dipercayai mengalami masalah hamstring, manakala pemenang perlawanan Marcus Rashford, yang melakukan tendangan percuma pada separuh masa kedua untuk menentukan kesudahan perlawanan, keluar pada hujung perlawanan dengan pincang yang ketara.

Kebimbanga­n mengenai kecederaan dalam barisan pertahanan United sudah semakin kurang, selepas Eric Baillymeng­atasimasal­ahyang dia alami dalam keputusan seri 1-1 pada hujung minggu lepas dengan Swansea City, dan Chris Smalling kembali setelah berehat selama enam minggu kerana masalah lutut.

NamunLukeS­haw,Marcos Rojo dan Zlatan Ibrahimovi­c masih diketepika­n, manakala Marouane Fellaini digantung perlawanan.

Satu-satunya pemain yang Mourinho sudah sahkan akan memulakan perlawanan untuk United ialah penjaga gol David de Gea, yang direhatkan untuk kunjungan ke Vigo.

Mourinho tidak pernah merasai kekalahan kepada Wenger dalam 12 perlawanan liga dan pengurus Arsenal itu mungkin tidak akan memperoleh­i banyak peluang yang lebih baik untuk mengubah statistik itu.

Mourinho secara terbuka sudah menolak peluang United untuk menamatkan musim ini dalam kelompok empat teratas, tetapi sementara pasukannya dapat layak ke Liga Juara-Juara dengan memenangi Liga Europa, jaring keselamata­n tidak ada bagi Arsenal.

Arsenal masih berpeluang untuk menamatkan musim ini dengan piala, kerana mereka akan menentang Chelsea dalam perlawanan akhir Piala FA pada 27 Mei, tetapi mereka semakin kesuntukan masa untuk mengelak musim pertama dalam tempoh 20 tahun di luar Liga Juara-Juara.

“Sudah tentulah setiap perlawanan besar merangsang keyakinan kita,” kata Wenger, yang masih belum membuat pengumuman mengenai masa depannya di Arsenal.

“Namun bagi kami, lebih daripada memberi fokus kepada hakikat bahawa ia adalah Manchester United – sebuah kelab besar dan permusuhan yang besar selama ini – apa yang penting adalah peluang bagi mencapai sasaran kami.

“Kami tidak ada pilihan. Kami perlu menewaskan mereka.”

Selepas prestasi meningkat seketika, termasuk kemenangan meyakinkan dalam masa tambahan ke atas Manchester City pada peringkat separuh akhir Piala FA, Arsenal kembali berpijak di bumi nyata oleh kekalahan 2-0 pada hujung minggu lepas dalam perlawanan tetangga di Tottenham Hotspur.

Ia meninggalk­an pasukan Wenger enam mata di bawah City di tempat keempat dan lima mata di bawah United di tempat kelima, tetapi dengan kelebihan satu lagi perlawanan ke atas keduadua pasukan.

Pemain tengah Swiss Granit Xhaka dijangka tidak dapat bermain untuk Arsenal selepas betisnya terkena sepakan di Spurs, tetapi pemain pertahanan tengah Shkodran Mustafi mungkin dapat bermain semula selepas mengalami kecederaan paha.

Kekalahan bagi Arsenal mungkin ternyata akan menjejaska­n peluang mereka untuk menamatkan musim dalam kelompok empat teratas, tetapi taruhan juga tidak memihak kepada United.

Ini mungkin musim pertama sejak 1978-79 yang Arsenal mahupun United tidak menamatkan musim dalam kelompok empat teratas.

Patutlah Mourinho dan Wenger tidak bengkeng. – AFP

 ??  ??
 ??  ?? WENGER
WENGER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia