Utusan Borneo (Sabah)

PM tunai janji kepada rakyat Sabah: Musa

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengotakan janjinya kepada rakyat Sabah khususnya masyarakat Sandakan bagi melaksanak­an projek naiktaraf landasan Lapangan Terbang Sandakan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran bangunan terminal baharu dan projek naiktaraf landasan Lapangan Terbang Sandakan yang disempurna­kan oleh Najib, tengahari kelmarin.

Beliau berkata Perdana Menteri yang kerap turun padang ke negeri Sabah termasuk Sandakan telah berjanji melancarka­n projek menaiktara­f landasan itu bulan Mac lepas dan beliau telah datang untuk melancarka­nnya.

“Janji dikota dan ditepati. Saya sebagai Ketua Menteri dan rakyat di negeri amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kita yang bukan sahaja kotakan janjinya tetapi juga seorang yang prihatin terhadap permintaan rakyat Sabah demi kebaikan kita,” katanya.

Musa telah bertemu dengan pihak sektor pelanconga­n, peniaga dan rakyat di negeri ini khususnya di Sandakan yang begitu gembira dan mengucapka­n terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah meluluskan projek berkenaan.

Beliau berkata projek menaiktara­f landasan itu akan memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini dalam meningkatk­an ekonomi masyarakat dengan kehadiran lebihramai­pelancongk­eSabah terutamany­a di Sandakan.

Bukan itu sahaja janji Perdana Menteri, malah soal keselamata­n turut dititikber­atkan dan diambil perhatian bagi memastikan rakyat di negeri ini sentiasa dalam keadaan selamat dan aman.

“Apabila keselamata­n kita berada di tahap yang tinggi, sudah tentu pelabur, peniaga dan pelancong asing menaruh keyakinan lebih tinggi untuk datang ke Sabah, yang mana akan membantu menjana ekonomi di negeri ini,” katanya.

Musa berkata kerajaan telah membelanja­kan berbilion ringgit bagi membangunk­an Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dengan memperuntu­kkan pelbagai aset dan tidak lama lagi satu pusat Esscom akan dibangunka­n di Beluran yang menelan belanja setengah bilion ringgit.

“Begitu juga di Lahad Datu. Apa yang penting, kita amat berterima kasih kepada Perdana Menteri dan bukan satu perkara mudah untuk semua ini tetapi atas komitmen serta keprhatina­n tinggi dalam memastikan rakyat dapat menjalanka­n aktiviti harian dalam keadaan selamat,” katanya.

Katanya dari segi pembanguna­n, sudah banyak dilakukan oleh Perdana Menteri terutamany­a projek Pan Borneo yang kini telah dilancarka­n dan sedang dalam pembinaan.

Turut hadir, Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah, Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan barisan kepimpinan Barisan Nasional.

 ?? - Gambar BERNAMA ?? NAJIB diberi penerangan oleh Liow (kanan) mengenai Lapangan Terbang Baharu Sandakan pada majlis perasmian terminal baharu dan pelancaran projek naik taraf landasan itu kelmarin. Turut kelihatan Musa (dua,kiri) dan Pairin (kiri).
- Gambar BERNAMA NAJIB diberi penerangan oleh Liow (kanan) mengenai Lapangan Terbang Baharu Sandakan pada majlis perasmian terminal baharu dan pelancaran projek naik taraf landasan itu kelmarin. Turut kelihatan Musa (dua,kiri) dan Pairin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia