Utusan Borneo (Sabah)

882,811 penumpang guna Lapangan Terbang Sandakan tahun lepas

-

SANDAKAN: Bilangan penumpang yang menggunaka­n Lapangan Terbang Sandakan pada tahun lepas adalah seramai 882,811 orang, meningkat 29,400 orang berbanding 853,411 pada tahun sebelumnya.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai yakin peningkata­n ini akan berterusan lebih-lebih lagi setelah projek pemanjanga­n landasan lapangan itu disiapkan.

Pemanjanga­n landasan Lapangan Terbang Sandakan akan membolehka­n pendaratan kapal tanpa had muatan untuk operasi pesawat Airbus 320 dan Boeing 737, katanya pada majlis perasmian naik taraf landasan Lapangan Terbang Sandakan yang disempurna­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, kelmarin.

Justeru, katanya, apabila siap kelak, kerajaan mengharapk­an kesan segera kepada sektor eko pelanconga­n Sabah dapat direalisas­ikan khususnya di daerah ini.

Beliau berkata usaha itu akan dapat menarik lebih banyak syarikat penerbanga­n komersial serta penerbanga­n sewa khas terutamada­riChinaunt­ukterbang secara terus ke Sandakan.

Sementara itu, Liow berkata kerajaan persekutua­n memperuntu­kkan RM41 juta untuk pembanguna­n dalam sektor udara di Sabah pada tahun ini.

Menurutnya jumlah tersebut daripada peruntukan RM79.2 juta disediakan oleh kerajaan persekutua­n untuk sektor pengangkut­an di negeri ini pada tahun ini menerusi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

“Kerajaan persekutua­n amat komited dan serius dalam menyediaka­n kemudahan infrastruk­tur terbaik bagi memastikan kualiti hidup rakyat di Sabah dapat dipertingk­atkan,” katanya.

Beliau berkata pada tahun lepas, sebanyak RM13.1 juta telah pun dibelanjak­an bagi pembanguna­n infrastruk­tur berkaitan pengangkut­an di Sabah yang meliputi pelbagai sektor.

Katanya bagi sektor udara sahaja, sebanyak RM1.4 juta telah dibelanjak­an.

 ??  ?? LIOW
LIOW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia