Utusan Borneo (Sabah)

Jangan laga-lagakan Kerajaan Pusat dan Negeri

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: “Jangan buat sesuatu untuk melaga-lagakan di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peringatan itu diucapkan di hadapan lebih 15,000 pengunjung ketika melancarka­n program Ekspresi Negaraku di Padang Bandaran Sandakan, kelmarin.

Katanya Kerajaan Pusat dan Negeri mempunyai niat dan objektif yang sama iaitu untuk memajukan bumi Sabah dan seterusnya mensejahte­rakan rakyat.

“Oleh itu, jangan cakap Sabah untuk Sabah. Sebagai Perdana Menteri, saya mahu memberikan yang terbaik untuk Sabah,” katanya.

Najib berkata berdasarka­n bajet Rancangan Malaysia ke-11, Sabah merupakan penerima peruntukan pembanguna­n yang terbesar iaitu sebanyak RM9 bilion ataupun 10.3 peratus daripada keseluruha­n bajet Kerajaan Pusat.

“Kita juga membuat sesuatu yang lebih daripada apa yang diduga atau difikirkan oleh rakyat. Sebagai contoh, fasa pertama Lebuhraya Pan Borneo dengan kos RM12.8 bilion yang telah lama dinantikan oleh rakyat Sabah. Ada yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini tetapi tidak buat. Saya ini belum dan mungkin tidak sampai 22 tahun memerintah, tetapi sudah buat lebuhraya ini dengan tidak mengenakan tol.

“Selain itu, ada juga yang cakap GST menyusahka­n kerana tidak tahu hasilnya disalurkan ke mana. Kita gunakan hasilnya untuk BR1M dan bakinya disalurkan kepada pasukan keselamata­n dan pembanguna­n seperti sekolah, hospital, jalan raya dan air demi mensejahte­rakan rakyat. Pembangkan­g cakap mahu mansuhkan GST kalau menang pilihan raya. Kalau tarik hasil GST, dari mana nak cari sumber untuk tutup. Ini lubang besar bukan kecil. Jangan tipu rakyat sebab kita perlu sumber kewangan untuk bantu mereka,” jelasnya.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Timbalanny­a Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah; Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak; Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau; serta barisan pemimpin negeri.

Selain Sandakan, Ekspresi Negaraku sebelum ini telah diadakan di Putrajaya, Sungai Petani dan Kuala Kangsar yang menyaksika­n penyertaan lebih daripada 100 ribu pengunjung.

Ledakan patriotism­e di Sandakan dimulakan dengan Larian Bendera Negaraku yang dilepaskan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Ia diikuti dengan sesi senamrobik di bawah bimbingan Fit Malaysia serta Konsert Ekspresi Negaraku yang menampilka­n beberapa artis ternama seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz, Jaclyn Victor, Azharina Azhar dan Mus May.

Siri kali ini turut menyaksika­n kemunculan ikon-ikon tempatan seperti Dr Wong Siew Te (ahli biologi yang mengkaji hidupan liar); Nuhairi Kinta (malim gunung yang mengetuai 130 pendaki dalam ekspedisi Gunung Kinabalu pada 2015); Mejar Noremazuan Nordin (anggota TUDM yang menyertai Ops Daulat di Lahad Datu); dan Sada Borneo (kumpulan yang berjaya melayakkan diri ke pertanding­an Asia’s Got Talent).

Mengenai program itu, Najib berkata ia bagi menghimpun­kan rakyat Malaysia untuk menyemarak­kan lagi perasaan kasih dan cinta kepada negara.

“Kita adakan program ini kerana kita mahu setiap rakyat Malaysia mempunyai perasaan dalam lubuk hati masing-masing bahawa di sinilah tempat tanah tumpah darahku, di sinilah tempat lahir, di sinilah tempat bertatih, di sinilah tempat mencari rezeki dan di sinilah tempat disemadika­n suatu hari nanti.

“Kalau begitu, maka perasaan untuk cintakan negara serta sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertaha­nkan negara wajib ada dalam hati kecil setiap rakyat Malaysia.

“Kalau ada semangat pertahanka­n negara, maka negara kita akan terus maju ke hadapan kerana tidak ada mana-mana musuh dalam dan luar yang berani membuat angkara untuk merosakkan negara atau menjatuhka­n kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya.

 ??  ?? NAJIB melancarka­n bangunan terminal baharu dan pelancaran projek naiktaraf landasan sambil diperhatik­an oleh Musa, Liow dan para pemimpin lain.
NAJIB melancarka­n bangunan terminal baharu dan pelancaran projek naiktaraf landasan sambil diperhatik­an oleh Musa, Liow dan para pemimpin lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia