Utusan Borneo (Sabah)

Pengecuali­an dasar kabotaj di Sabah manfaatkan rakyat

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Ketua Umno Bahagian Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal menyambut baik pengumuman pengecuali­an dasar kabotaj kepada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan berkuatkua­sa 1 Jun depan.

Menurutnya pengumuman pengecuali­an dasar kabotaj itu di Sandakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin, akan memberi manfaat kepada rakyat.

“Dengan pengecuali­an ini, rakyat akan mendapat manfaatnya terutama barangan yang menggunaka­n perkhidmat­an perkapalan kargo antara Semenanjun­g, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Lahad Datu 2017 di Dewan Tun Mustapha, di sini, kelmarin.

Yusof yang juga Adun Lahad Datu berkata pengumuman itu adalah bukti komitmen kerajaan kepada rakyat di negeri ini yang sentiasa bekerja untuk meringanka­n bebanan rakyat.

Katanya sejak merdeka, kerajaan sentiasa memutuskan pelaksanaa­n dasar-dasar yang memberi manfaat dan kesejahter­aan rakyat termasuk di Lahad Datu.

“Pengecuali­an ini bukan bertujuan untuk bermain politik, bukan juga untuk meraih undi pilihan raya tetapi inilah bukti kerajaan sentiasa prihatin terhadap perkaraper­kara yang boleh membantu rakyat,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan majlis itu, beliau berkata penganjura­n Pesta Kaamatan yang sudah sebati untuk disambut semua lapisan masyarakat di daerah ini yang secara langsung mengeratka­n perpaduan dalam kalangan rakyat.

Beliau menyeru agar persefaham­an dan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di daerah ini terus diperkukuh­kan agar apa juga agenda pembanguna­n kerajaan dapat dilaksanak­an dengan jayanya.

“Untuk itu, rakyat janganlah terpengaru­h pada usaha dan gerakan pihak tertentu yang akan memecah-belahkan, memporak-porandakan perpaduan.

“Ini kerana pada akhirnya, gerakan itu akan memusnahka­n masa depan anak dan generasi kita di masa akan datang,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Penganjur Iman Ali.

 ??  ?? YUSOF memalu gong sebagai gimik perasmian majlis itu.
YUSOF memalu gong sebagai gimik perasmian majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia