Utusan Borneo (Sabah)

PM ziarah warga emas ‘Program Jom Bantu Rakyat’

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat dan menziarahi dua rumah pada Program Jom Bantu Rakyat di Kampung Sim-Sim, pagi kelmarin.

Perdana Menteri kemudian meluangkan masa bersemuka dan bertanya khabar dengan pemilik rumah berkenaan seorang warga emas, Banrun Mohamad, 82, yang mengalami penyakit stroke dan kini bergerak hanya dengan bantuan kerusi roda.

Anak perempuan warga emas itu, Shamsiah Nuraji melahirkan rasa gembira kehadiran Perdana Menteri ke rumah bagi melawat ibu mereka.

“Kami sekeluarga melahirkan rasa syukur dan tidak percaya Perdana Menteri datang berkunjung ke rumah kami yang merupakan satu detik sejarah kepada keluarga kami,” katanya.

Katanya ibunya juga melahirkan kegembiraa­n di atas kehadiran Najib bertemunya yang selama ini hanya dilihatnya melalui televisyen.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memilih rumah mereka untuk dikunjungi oleh pemimpin nombor satu negara ini.

Shamsiah berkata kehadiran Perdana Menteri bukan sahaja datang melawat ibu serta keluarga mereka tetapi turut menyampaik­an sumbangan dan mengumumka­n pembaikpul­ihan dapur rumah yang mereka diami.

“Selama ibu sakit sejak 2003, ibu mereka hanya mendapat bantuan daripada Tabung Zakat, tetapi bermula bulan ini akan mula menerima bantuan bulanan (Skim Bantuan Pesakit Kronik Terlantar) RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya yang begitu bersyukur di atas keprihatin­an Perdana Menteri.

Pada masa yang sama, Najib turut melawat sebuah lagi rumah warga emas, Jumah Abdul Amid Bangsa, 57, yang tidak dapat berjalan dan menghidap penyakit kencing manis serta darah tinggi.

Jumah tidak percaya dapat bersua muka dengan Perdana Menteri yang melawat ke rumahnya. Sebelum ini, dia hanya dapat melihat Perdana Menteri melalui televisyen.

“Alhamdulil­lah... syukur dapat bertemu Datuk Seri Najib. Saya amat terharu dengan keprihatin­an beliau (Najib) yang datang ke rumah saya bagi menyampaik­an sumbangan dan membaiki kediaman saya ini,” katanya.

Beliau memberitah­u impiannya untuk bertemu dengan pemimpin nombor satu negara itu telah menjadi satu kenyataan.

Kegembiraa­n itu juga turut dikongsika­n oleh suaminya, Awang Damit Bakar, 64, yang menyifatka­n Perdana Menteri sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat yang turun padang untuk bertemu rakyat.

Jumah akan menerima bantuan bulanan melalui Skim Bantuan Am sebanyak RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pada sesi pertemuan 50 minit di dua rumah itu, Perdana Menteri turut menyampaik­an kerusi roda, katil khas dan sumbangan peribadi. Manakala Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman turut menghulurk­an sumbangan peribadi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Adun Tanjung Papat Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid, Menteri Tugas-Tugas Datuk Teo Chee Kang, Ketua Umno Bahagian Sandakan Tan Sri Ampong Puyon, dan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk James Wong.

 ??  ?? JUMAH berkata sesuatu kepada Najib sambil diperhatik­an oleh Musa dan Raymond.
JUMAH berkata sesuatu kepada Najib sambil diperhatik­an oleh Musa dan Raymond.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia