Utusan Borneo (Sabah)

Azizah sokong cadangan wujud semula sekolah aliran Inggeris di Sabah

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun menyokong cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Rahman Dahlan berhubung pewujudan semula sekolah kerajaan aliran Inggeris di Sabah.

Namun jelas beliau, untuk menuju ke arah itu, adalah perlu melatih guru-guru bagi memastikan mereka benar-benarmengu­asaibahasa­Inggeris supaya mampu mengajar subjek lain dalam bahasa Inggeris.

“Ketika ini, kita masih menghadapi sedikit masalah untuk mengajar subjek Sains dan Matematik di sekolah. Belum ada yang benar-benar mahir mengajar dalam bahasa Inggeris apatah lagi jika semua subjek menggunaka­n bahasa Inggeris.

“Justeru, untuk melaksanak­annya, saya fikir kita memerlukan masa untuk melatih guru-guru kita. Mereka perlu menguasai bahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum mereka mula mengajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Anak Muda Sukarelawa­n Parlimen Beaufort (SUPERB) di Dewan Kampung Linsuk, di sini, malam Sabtu lepas.

Dalam pada itu, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata banyak lagi perkara perlu diberi pertimbang­an bagi mewujudkan semula sekolah kerajaan aliran Inggeris di Sabah.

Namun, beliau akan memberikan sokongan penuh kepada inisiatif itu kerana beliau yakin ia akan memberi impak yang positif dalam melahirkan modal insan kelas pertama.

Terdahulu, Rahman memberitah­u cadangan bagi mewujudkan semula sekolah kerajaan aliran Inggeris adalah bagi memperting­katkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar masa kini.

Menurut beliau sekolah kerajaan aliran Inggeris pernah dilaksanak­an di Sabah sebelum ini namun, ditamatkan selepas kerajaan negeri ketika itu mengikuti dasar pendidikan nasional.

Beliau berkata Kementeria­n Pendidikan perlu melihat semula perkara itu dengan mempertimb­ang cadanganny­a demi kepentinga­n rakyat Sabah yang menyedari penguasaan bahasa Inggeris perlu diperkasa untuk lebih maju dalam pelbagai bidang dan seiring dengan perkembang­an pesat negara.

 ??  ?? AZIZAH berkata sesuatu kepada pemberita ketika di temui pada majlis itu.
AZIZAH berkata sesuatu kepada pemberita ketika di temui pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia