Utusan Borneo (Sabah)

Jangan teruskan budaya bom ikan

- Oleh AMIR ANUAR

SEMPORNA: Nelayan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) diingatkan supaya tidak mengamalka­n budaya bom ikan untuk mendapatka­n hasil hidupan marin.

Peringatan diberikan kerana mengikut statistik tangkapan pihak berkuasa khususnya Pasukan Polis Marin (PPM) mendapati kaedah itu masih lagi diamalkan nelayan.

Timbalan Ketua Staf Bahagian Siasatan Khas dan Teknikal Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ACP Victor Sanjos berkata kebanyakan kes melibatkan nelayan Bajau Laut.

“Kita mengingatk­an penduduk Semporna khususnya nelayan Bajau Laut supaya menjauhi aktiviti yang menyalahi undangunda­ng negara melibatkan aktiviti bom ikan.

“Bom ikan bukan hanya memusnahka­n ekosistem dan struktur asal batu karang laut, tetapi turut berisiko mendatangk­an kecederaan sehingga mengakibat­kan maut,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Penutupan Program Komuniti Policing anjuran PPM Semporna dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Bajau Laut (Pekebal), di sini, Sabtu.

Menurutnya tanggungja­wab menjaga keselamata­n perairan negara memerlukan komitmen anggota masyarakat selain pasukan keselamata­n untuk memastikan­nya kelangsung­annya.

Berucap merasmikan program itu, Pemangku PPM Sabah Nor Zaid Mohd Said berkata kempen dan operasi giat dijalankan PPM untuk keselamata­n dan keselesaan penduduk.

“Program ini misalnya, adalah platform terbaik antara pasukan penguatkua­sa khususnya PPM dan penduduk setempat untuk berdialog mengenai pelbagai isu atau topik,” katanya.

Katanya peranan dan tanggungja­wab PPM dalam memenuhi tuntutan semasa semakin mencabar dan berharap hubungan baik dengan penduduk setempat diteruskan.

Beliau juga berharap semua pihak bersedia untuk menjadi mata dan telinga pasukan keselamata­n khasnya di dalam menyalurka­n maklumat berkaitan aktiviti jenayah.

Sempena program itu, PPM Sempornatu­rutmenyamp­aikan sumbangan kepada 20 orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas melibatkan penduduk dari sekitar daerah ini.

Hadir sama, Pengerusi Pekebal Norasnah Omar, Ketua Kampung BangauBang­au Laister Sarakil, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Lagamah Tagah, dan kira-kira 500 penduduk suku kaum Bajau Laut.

 ??  ?? SERAMAI 20 OKU dan warga emas Bajau Laut menerima sumbangan daripada PPM Semporna.
SERAMAI 20 OKU dan warga emas Bajau Laut menerima sumbangan daripada PPM Semporna.
 ??  ?? VICTOR semasa menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh anggota masyarakat yang hadir pada sesi dialog itu.
VICTOR semasa menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh anggota masyarakat yang hadir pada sesi dialog itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia