Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Apresiasi Politeknik Sandakan bersama media 11 Mei

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Politeknik Sandakan Sabah (PSS) akan mengadakan Majlis Apresiasi PSS Bersama Media pada 11 Mei ini, jam 7.30 malam di sebuah hotel di sini.

Pengarah PSS Left Kol Bersekutu (PA) Hassan Siraj berkata penganjura­n yang diadakan buat julung kalinya itu bertujuan menzahirka­n penghargaa­n PSS kepada pihak pengamal media khasnya di daerah Sandakan.

Katanya pihak media selama ini telah banyak membantu dalam menguaruar­kan perkembang­an, pencapaian serta penglibata­n PSS dalam pelbagai aktiviti atau program sejak penubuhann­ya di Sandakan pada tahun 2008.

“Politeknik Sandakan Sabah bakal menyambut ulangtahun PSS Sedekad pada tahun hadapan,” katanya.

Menurutnya sejak penubuhan PSS sembilan tahun lalu, pihak media merupakans­alahsatuto­nggak penting kepada penyebaran maklumat berkaitan PSS kepada umum sehingga ia terus dilihat oleh masyarakat terutama sekali masyarakat setempat.

Antaranya ialah penyebaran maklumat oleh pihak media seperti pencapaian pelajar dan pensyarah dalam pelbagai pertanding­an, pelaksanaa­n program-program khidmat masyarakat yang anjuran PSS serta Majlis Konvokesye­n PSS yang diadakan saban tahun.

Sementara itu, Pegawai Perhubunga­n Awam PSS Alfian Thomas berkata Majlis Apresiasi PSS Bersama Media itu sedikit sebanyak dapat mengeratka­n lagi hubungan antara institusi itu dengan pengamal media massa.

“Sungguhpun kemajuan teknologi telah mengalihka­n tumpuan umum kepada media sosial, namun akhbar cetak juga masih relevan kerana terdapatny­a golongan tertentu yang masih menjadikan akhbar cetak sebagai sumber rujukan pada masa kini,” katanya.

Jelasnya akhbar cetak juga mempunyai kelebihan tersendiri apabila ia dapat disimpan dan direkodkan untuk rujukan pada masamasa akan datang terutama sekali sebagai rujukan pelajar daripada peringkat sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi.

“Selagi masih ada golongan pembeli, maka akhbar cetak masih relevan untuk diketengah­kan,” katanya.

Majlis apresiasi itu dijangka akan dihadiri oleh wakilwakil pengamal media cetak dan elektronik di sekitar daerah Sandakan.

Alfian berkata sebagai penghargaa­n daripada pihak Politeknik Malaysia, majlis itu dijangka dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Jabatan Pendidikan Politeknik Shabudin Man.

Turut hadir pada majlis malam itu ialah ahli Mesyuarat Pengurusan Politeknik Sandakan.

 ??  ?? SHABUDIN MAN
SHABUDIN MAN
 ??  ?? HASSAN SIRAJ
HASSAN SIRAJ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia