Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki maut motosikal hilang kawalan

Langgar tiang penghadang bulatan

- Oleh JOHAN AZIZ

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal yang dipandu mangsa bergerak dari arah Jalan Masjid Nabawan menuju ke arah Jalan Pekan Nabawan ” DEPUTI SUPERINTEN­DAN AHMAD JAWILA Ketua Polis Daerah

KENINGAU: Seorang lelaki tempatan maut apabila motosikal Honda EX5 yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar tiang penghadang bulatan jalan Pekan Nabawan pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila berkata lelaki berusia 40 tahun dan berasal dari Kampung Murni D Nabawan itu maut di tempat kejadian.

“Pada 6 Mei kira-kira jam 6 petang, pengadu seorang anggota polis Balai Polis Nabawan telah menerima aduan daripada orang awam mengatakan satu kemalangan berlaku di Bulatan Pekan Nabawan yang melibatkan sebuah motosikal dengan seorang penunggang.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal yang dipandu mangsa bergerak dari arah Jalan Masjid Nabawan menuju ke arah Jalan Pekan Nabawan,” katanya.

Ahmad berkata setibanya di tempat kejadian, mangsa hilang kawalan lalu melanggar tiang penghadang bulatan jalan lalu tercampak ke arah jalan menghala ke Pekan Nabawan. Mangsa maut di tempat kejadian.

Katanya hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada kecuaian penunggang kerana gagal mengawal motosikal sehingga melanggar penghadang bulatan jalan.

Menurut beliau polis masih menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia