Utusan Borneo (Sabah)

320 pelajar SM St John ikuti ceramah motivasi

-

BEAUFORT: Seramai 320 pelajar Sekolah Menengah St John di sini telah mengikuti ceramah motivasi bertajuk ‘Elevator to Success’ yang diadakan di dewan sekolah berkenaan.

Ceramah anjuran Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan Cawangan Beaufort dengan kerjasama unit kaunseling sekolah itu telah disampaika­n oleh Suhardi Darise dari MSU College Sabah.

Para pelajar khususnya calon SPM dan PT3 disarankan agar bersedia lebih awal dengan fokus kepada persediaan untuk menghadapi peperiksaa­n masing-masing. Malah motivasi dalaman para pelajar harus berada dalam keadaan yang tinggi jika inginkan kejayaan dan kecemerlan­gan dalam peperiksaa­n khususnya SPM dan sekaligus meningkatk­an prestasi pencapaian sekolah.

Dalam ucapan sempena penutupan majlis berkenaan, Pengerusi Pesara Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan Cawangan Beaufort Hj Razali Mohd Tahir berkata program berkenaan merupakan sumbangan dan khidmat kemasyarak­atan persatuan untuk membantu sekolah dalam peningkata­n prestasi khususnya dalam bidang akademik.

“Murid dan pelajar pada fasa kini sudah jauh ke depan kerana berada pada abad ke-21danjikad­iambilkira­kaedah pembelajar­an pada waktu dahulu, ia tidak lagi relevan dan memerlukan perubahan secara menyeluruh daripada segi strategi pembelajar­an.

“Saya mengharapk­an agar para pelajar terus maju dan cemerlang serta boleh menjadi pegawai penting dan pemimpin berwibawa pada masa akan datang. Oleh itu, ceramah motivasi yang diadakan ini diharapkan boleh menjadi pendorong dan panduan para pelajar untuk terus berjaya dalam pelbagai disiplin kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbira­n Albert LaiChinmen­gucapkante­rima kasih kepada persatuan pesara pendidikan daerah ini yang telah memilih SM St John sebagai salah satu sekolah untuk mereka mengadakan ceramah motivasi.

Beliau turut mengharapk­an agar program itu dapat membantu para pelajar dan menyuntik semangat serta motivasi ke arah kejayaan program berkenaan selaras dengan hasrat sekolah untuk meningkatk­an prestasi para pelajar khususnya yang akan menduduki peperiksaa­n penting iaitu SPM dan PT3 pada tahun ini.

 ??  ?? ALBERT menyampaik­an cenderahat­i kepada penceramah sambil diperhatik­an oleh Razali.
ALBERT menyampaik­an cenderahat­i kepada penceramah sambil diperhatik­an oleh Razali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia