Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kerjasama berpasukan: Nilwan

Bentuk satu organisasi proaktif dan berkesan

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

“Kita sedar masih ada dalam kalangan masyarakat yang mengharapk­an bantuan, kita akan terus mengusahak­an kerana selama ini rakyat turut mengecapi banyak bentuk kemajuan dan pembanguna­n walaupun ia tidak sepenuhnya dijayakan secara serentak kawasan di semua” DATUK NILWAN KABANG Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

RANAU: Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Nilwan Kabang mengingkat­kan semua pemimpin di peringkat akar umbi termasuk pengerusi JKKK dan ketua kampung yang telah dilantik memikul tanggungja­wab supaya meningkatk­an kerjasama berpasukan.

Beliau berkata ia bagi membentuk satu organisasi yang proaktif dan berkesan dalam memberi perkhidmat­an kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

Dalam masa sama, katanya, pemimpin diakar umbi perlu sentiasa rajin dan berusaha mendekati masyarakat di kawasan mereka dan berani menapis maklumat palsu yang cuba disebarkan pihak tertentu termasuk parti pembangkan­g.

“Kita sedar masih ada dalam kalangan masyarakat yang mengharapk­an bantuan, kita akan terus mengusahak­an kerana selama ini rakyat turut mengecapi banyak bentuk kemajuan dan pembanguna­n walaupun ia tidak sepenuhnya dijayakan secara serentak di semua kawasan,” katanya selepas merasmikan penutupan Program Latihan Transforma­si Negara ‘Pemimpin Masyarakat Kunak’ yang diadakan di Kem Bina Negara, Kundasang, bermula 3 hingga 5 Mei lalu.

Dalam program itu, seramai 54 peserta terdiri pengerusi JKKK dan ketua kampung dari daerah Kunak turut didedahkan dengan beberapa pengisian program termasuk kenegaraan, patriotism­e, dasar-dasar negara, isu-isu semasa serta aktiviti menguji minda dan jatidiri.

Antara yang mengambil bahagian dalam sesi penyampaia­n ceramah, wacana penerangan termasuk Pengarah BTN Negeri Sabah Dato’ Armizan Mohd Ali, Penolong Pengarah BTN Darwis Dawing, Ketua Jurulatih Biro Tata Negara Samsudin Che Mat, dan beberapa fasilitato­r.

Nilwan berkata dengan adanya kursus itu diharap semua peserta akan mempraktik­kan segala ilmu yang diperolehi sepanjang mereka berkursus.

“Kursus itu juga akan dapat meningkatk­an semangat patriotism­e dalam kalangan pemimpin akar umbi supaya mewujudkan kesatuan yang utuh dan mapan dalam mengharung­i pelbagai cabaran mendatang masa kini dan di masa akan datang.

“Saya berharap agar mereka yang telah dilantik dapat menjalanka­n tugas yang diamanahka­n dengan baik dan bersungguh-sungguh,” katanya.

 ??  ?? NILWAN bersama peserta dan fasilitato­r bergambar kenangan di hari terakhir program itu.
NILWAN bersama peserta dan fasilitato­r bergambar kenangan di hari terakhir program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia