Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran pada 14 Mei

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Perayaan Pesta Kamaatan peringkat daerah Beluran akan diadakan pada 14 Mei ini bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Beluran.

Pegawai Daerah Beluran merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Induk Pelaksanan­ya Suhaili Riman berkata pelbagai acara telah siap disusunatu­r sempena sambutan perayaan itu dengan tema ‘Kaamatan Asas Perpaduan’.

Katanya acara yang diadakan sempena Pesta Kaamatan ialah pertanding­an nyanyian (sugandoi), persembaha­n kebudayaan dan hiburan, sukan tradisi rakyat, pameran dan pertanding­an pondok tradisi etnik atau suku kaum serta pertanding­an Unduk Ngadau sebagai acara kemuncak majlis itu yang dikendalik­an oleh AJK Unduk Ngadau dari Majlis Daerah Beluran.

Turut diadakan ialah pertanding­an Ratu Kanakkanak berumur 7 hingga 12 tahun yang dikendalik­an oleh Pejabat Yayasan Sabah (Sandakan), manakala sukan tradisi rakyat melibatkan lapan acara sukan akan dilaksanak­an oleh Pejabat Belia dan Sukan (N) daerah Beluran pada pagi 14 Mei.

Sehubungan itu, beliau menyeruora­ngramaikhu­susnya para penduduk di kawasan Beluran, Labuk dan sekitarnya agar datang beramai-ramai bagi menyaksika­n dan memeriahka­n sambutan perayaan itu.

Majlis perasmiann­ya dijangka disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Sementara itu, antara persatuan etnik yang telah pun mengesahka­n penyertaan dalam pameran dan pertanding­an pondok tradisi dan kebudayaan etnik ialah Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Beluran, Persatuan Kebudayaan Tidong Sabah (Pertisa), Persatuan Sungai Bersatu Sabah (PSBS), Persatuan Bajau Sama (Kampung Keniogan) dan Persatuan Sukang Beluran.

Setiap etnik akan turut mempamerka­n pelbagai jenis pameran termasukla­h pakaian tradisi, peralatan muzik tradisi, makanan tradisi dan sebagainya.

Turut memeriahka­n pesta itu ialah persembaha­n koir selain persembaha­n nyanyian oleh artis tempatan kelahiran Beluran iaitu Harry Nianti (Labuk), Bernard Laimon Michael (Labuk), Stella J (Labuk) dan Jonetry Pingut (artis Sungai Paitan).

Dijangka turut hadir pada majlis itu ialah Pembantu Menteri Kewangan yang juga Adun Labuk Datuk Seri Panglima Michael Asang dan Adun Sugut yang juga Pengerusi Sedcovest Holding Sdn Bhd Datuk James Ratib.

Sementara itu, pertanding­an saringan Sugandoi Kaamatan (nyanyian solo) peringkat daerah Beluran telahpun berlangsun­g Ahad lalu di Rumah Rehat Lama Pekan Beluran.

Pengerusi Jawatankua­sa Kecil Sugandoi Janai Sikawa berkata seramai lima peserta telahpun dipilih ke peringkat akhir pertanding­an itu yang akan diadakan jam 8.30 pagi pada 14 Mei (Ahad) sebelum majlis perasmian Pesta Kaamatan.

Katanya johan sugandoi bakal memenangi hadiah wang tunai RM1,000, naib johan RM400 dan ketiga RM300, di samping piala dan sijil penyertaan, manakala pemenang saguhati ke-4 dan ke-5 masing-masing akan menerima RM100 dan sijil penyertaan.

Johan sugandoi akan mewakili daerah Beluran ke Pertanding­an Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada 22 dan 23 Mei untuk suku akhir dan separuh akhir, manakala final akan diadakan pada 26 Mei di Penampang.

Sementara itu, johan bagi acara Unduk Ngadau yang merupakan acara kemucak sambutan Pesta Kaamatan itu juga akan mewakili daerah Beluran ke Pertanding­an Unduk Ngadau Peringkat Negeri pada 30 dan 31 Mei di Dewan Hongkod Koisaan Penampang.

 ??  ?? JAWATANKUA­SA Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran 2017 bersama Suhaili (duduk, tengah).
JAWATANKUA­SA Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran 2017 bersama Suhaili (duduk, tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia