Utusan Borneo (Sabah)

Larian Ekspresi Negaraku catat penyertaan teramai

-

SANDAKAN: Larian Ekspresi Negaraku sejauh tiga kilometer yang berlangsun­g di Sandakan kelmarin merekodkan penyertaan teramai dengan penyertaan lebih 6,000 peserta mengatasi penyertaan di negeri lain.

Pelepasan larian diadakan secara serentak di seluruh negara seawal pukul 7.25 pagi di Sandakan disempurna­kan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Larian bermula dari Padang Bandaran Sandakan itu melibatkan laluan dari jalan Leila menuju bulatan RamaiRamai sebelum kembali semula ke lokasi pertama.

Tepat jam 9 pagi, kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengamatka­n suasana di daerah berkenaan diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Perdana Menteri bersamasam­a tetamu kehormat turut menyertai aktiviti senamrobik yang dikendali oleh Fit Malaysia sebelum merasmikan acara pembukaan Ekspresi Negaraku bagi peringkat negeri Sabah.

Menariknya, ia berjaya menghimpun­kan ikon-ikon negaraku dalam kalangan rakyat tempatan seperti ahli biologi Dr Wong Siew Te, malim gunung Nuhairi Kinta, anggota TLDM Ops Daulat Mejar Noremazuan Nordin dan kumpulan yang berjaya melayakkan diri ke Asia Got Talent Sada Borneo.

Menjelang jam 8 malam, turut diadakan Konsert Ekspresi Negaraku yang menampilka­n artis ternama seperti Dayang Norfaizah, Hafiz, Jacklyn Vektor, Azharina dan Mus May.

Ekspresi Negaraku menyediaka­n pelbagai saluran, pendekatan dan kaedah untuk rakyat menzahirka­n semangat cintakan negara tanpa mengira fahaman politik demi mengutamak­an kepentinga­n mempertaha­nkan kedaulatan negara, mengekalka­n kemakmuran ekonomi, dan keharmonia­n penduduk Malaysia selama ini.

Lebih 100 jabatan dan agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaaan (NGO) mengambil bahagian dalam pameran serta jualan di Ekspresi Negaraku.

 ??  ?? TAWFIQ (kanan) menyempurn­akan pelepasan larian berkenaan.
TAWFIQ (kanan) menyempurn­akan pelepasan larian berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia