Utusan Borneo (Sabah)

Dugaan di sebalik suara merdu

-

KUALA LUMPUR: Tidak disangka di sebalik suara merdu dan berperwata­kan mesra, tertanggun­g satu beban berat di bahu gadis Kelantan ini sejak berumur tujuh tahun lagi.

Disahkan mengidapi trakoma, sejenis penyakit mata yang mengakibat­kan kebutaan, Siti Huraizah Roslan, 34, pasrah dengan ketentuan Tuhan namun tidak gentar menjalani kehidupan seperti biasa.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata keluargany­a telah menghabisk­an puluhan ribu ringgit bagi mengubatin­ya namun gagal, dan menurut doktor yang merawatnya, trakoma bukan sejenis penyakit biasa yang dihidapi ramai.

“Kecacatan ini tidak menghalang saya daripada melalui detik-detik berharga dari kecil, remaja sehingga saya menjadi graduan dalam bidang penulisan skrin,” kata bekas pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam itu.

Kelibat beliau menjadi perhatian ramai kelmarin termasuk Bernama apabila menjadi pengacara majlis sambutan ulang tahun ke-65 Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) di Kompleks MAB di sini.

Wajahnya tidak lekang dengan senyuman, Siti Huraizah ibarat pengacara profesiona­l dengan lenggok suara yang amat sesuai bagi bidang pengacaraa­n majlis.

Katanya, ia merupakan satu kelebihan bagi individu sepertinya, dan acap kali dipanggil mengacarak­an program sejak zaman sekolah lagi.

“Saya memang minat bidang pengacaraa­n, masa di universiti ada diajar silibus ini dan selalu dapatkan maklumat tambahan melalui pembacaan dan pendengara­n,” katanya kepada Bernama.

Uniknya, beliau menggunaka­n teks ucapan Braille semasa mengacarak­an majlis tanpa rasa gentar mahupun salah tutur.

Bertugas sebagai Eksekutif Bahagian Aksesibili­ti dan Advokasi MAB, beliau perlu berjumpa dengan ramai orang serta menyifatka­nnya sebagai satu ‘latihan’ berterusan agar yakin terhadap diri sendiri.

“Tuntutan kerja saya termasuk mengaudit dan mengakses bangunan-bangunan bagi kebolehaks­esan individu cacat penglihata­n. Kami (MAB) turut mengakses projek Transit Aliran Massa (MRT) dan Terminal Bersepadu Selatan,” katanya.

Menurut Siti Huraizah, rutin harian beliau kini diisi dengan sesi pengajaran kepada bakal pramugara dan pramugari AirAsia, iaitu sesi teori dan praktikal selama sejam.

“Mereka terdiri daripada warganegar­a India, Filipina, Thailand dan Singapura, dan bidang tugas mengajar itu tertumpu kepada pengajaran mengenai cara-cara mengendali­kan penumpang pesawat yang cacat penglihata­n,” katanya.

Menariknya, gadis ini turut akan muncul dalam satu program sempena bulan Ramadan terbitan televisyen swasta. (Astro Oasis).

Beliau yang turut memiliki kediaman sendiri juga berharap agar insan-insan istimewa sepertinya tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk meningkatk­an taraf hidup tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia