Utusan Borneo (Sabah)

77 ahli IPSC sertai UKM Level satu

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seramai 77 ahli kumpulan Internatio­nal Practical Shooting Confederat­ion (IPSC) Borneo berjaya mengikuti Ujian Kemahiran Menembak (UKM) yang diadakan di Kelab Menembak Sabah Lok Kawi, dekat sini, Sabtu lalu.

Majlis perasmian UKM dan penyerahan hadiah kepada para pemenang disempurna­kan oleh Pengurus Daerah untuk IPSC Sabah Simon Lu.

Dalam ucapannya, beliau berkata UKM kali ini diadakan bagi mempersiap­kan ahli IPSC di kawasan Sabah dan Sarawak untuk mengikuti UKM Level kedua yang akan diadakan tahun ini.

“Pada ujian kali ini, kita mencatatka­n seramai 77 ahli yang aktif berjaya mendaftark­an diri dan apa yang memberangs­angkan kita berjaya menerima sebanyak 67 penyertaan baharu daripada ahli di Sabah dan Sarawak hari ini,” katanya.

Beliau berkata ujian yang diadakan tiga bulan sekali ini juga bertujuan mendedahka­n individu yang belum mengetahui IPSC untuk turut serta di dalam kelab ini bagi bersama-sama memanfaatk­an pelbagai kebolehan.

“IPSC yang juga dikenali sebagai sukan menembak ekstrem adalah sukan menembak yang dilakukan secara praktikal mengikut acara-acara yang ditentukan pada setiap peringkat permainan.

“Apa yang menarik dalam IPSC ialah peserta perlulah memiliki kemahiran yang tinggi termasuk ketetapan, kepantasan dan pengendali­an senjata api.

“Oleh itu, kita sangat menggalakk­an penglibata­n dari pelbagai pihak termasukla­h jabatan kerajaan, pasukan keselamata­n, agensi penguatkua­saan dan orang ramai yang berkelayak­an,” katanya.

Tambahnya kemahiran dalam IPSC penting untuk diterapkan dalam anggota keselamata­n bersesuaia­n dengan tugas seharian berikutan teknik praktikal hampir sama dengan situasi bertempur jarak dekat.

Dalam UKM kali ini, kumpulan PGA Sabah D menjuarai kategori pasukan dengan kutipan mata sebanyak 1,179.4 diikuti kumpulan PGA Sabah B dengan markah sebanyak 1,030.0 dan kumpulan IPK Team A di tempat ketiga dengan markah sebanyak 978.6.

Joseph Balang AK Sipat memenangi acara individu dengan markah penuh 100 diikuti Jason Yong 95.83 markah dan Booney Anang di kedudukan ketiga dengan kutipan mata sebanyak 90.35.

Kategori Standard dimenangi Datuk Vincent Bong dengan markah sebanyak 422.5, Simon Lu di tempat kedua dengan markah 392.5 diikuti Sofian Mohd Saibi 24.39.

 ??  ?? AHLI IPSC Borneo merakamkan gambar kenangan selepas UKM di Kelab Menembak Sabah Lok Kawi.
AHLI IPSC Borneo merakamkan gambar kenangan selepas UKM di Kelab Menembak Sabah Lok Kawi.
 ??  ?? SIMON Lu (kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang diperhatik­an oleh Chief Range Officer ASP Saifuladli.
SIMON Lu (kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang diperhatik­an oleh Chief Range Officer ASP Saifuladli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia