Utusan Borneo (Sabah)

22 pelajar cemerlang terima anugerah daripada KSS

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Seramai 22 pelajar cemerlang termasuk pelajardar­ikawasanPe­nsiangan menerima sumbangan dan anugerah daripada Persatuan Kadazan Sabah (KSS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata sumbangan seumpamany­a harus dimanfaatk­an oleh semua penerima dan meneruskan semangat yang kuat untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan.

“Saya mengingatk­an kepada semua ibu bapa khususnya di kawasan pedalaman supaya membimbing dan menekankan kepentinga­n pendidikan kepada anak masing-masing.

“Hanya melalui pendidikan yang baik mampu melahirkan modal insan yang berkualiti seterusnya dapat memberikan peluang kepada mereka untuk keluar dari kehidupan yang susah dan mempunyai masa depan yang terjamin,” katanya ketika merasmikan perayaan Hontog Kaamatan 2017 anjuran KSS, di sini, kelmarin.

Beliau berkata generasi Kadazandus­un dan Murut (KDM) perlu bersemanga­t jati diri yang tinggi, berdaya saing dan menjadi sumber tenaga kerja yang berupaya, bersifat inovatif, produktif dan berkemahir­an untuk berjaya seterusnya menyumbang kepada pembanguna­n negara.

“Saya juga mengucapka­n terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM100,000 untuk menjayakan majlis hari ini.

“Ini jelas membuktika­n kepimpinan dan keprihatin­an Perdana Menteri yang sentiasa memberikan­perhatiank­epada semua rakyat di Malaysia,” katanya.

Menurutnya slogan KSS ‘A Journey of a Thousand Years and Beyond’ adalah sangat relevan bagi menyusun semula masyarakat Kadazan dalam melakar masa depan dan perpaduan untuk melangkah ke arah perubahan yang lebih maju.

“Saya berharap dalam perjalanan panjang ini, kita tidak terlepas pandang dalam perjuangan asal iaitu memartabat­kan bangsa dan budaya serta perpaduan Kadazan seiring dengan perkembang­an serta pembanguna­n sosio ekonomi yang setanding dengan bangsa lain.

“Ini termasukla­h perancanga­n persatuan untuk menubuhkan Yayasan Kadazan dan sebuah kampung budaya 1Malaysia,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Presiden KSS Datuk Marcel Leiking serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? KURUP (tengah) menuang padi ke dalam ‘tangkob’ (tempat simpanan padi) sebagai simbolik perasmian majlis sambil diperhatik­an oleh Marcel (dua kiri) serta tetamu kehormat yang lain.
KURUP (tengah) menuang padi ke dalam ‘tangkob’ (tempat simpanan padi) sebagai simbolik perasmian majlis sambil diperhatik­an oleh Marcel (dua kiri) serta tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia