Utusan Borneo (Sabah)

45 bekas pelajar SMK Bingkor sumbang 100 kerusi kepada sekolah

- Oleh DELLROY

KENINGAU:Seramai45b­ekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor yang lahir tahun 1977 telah mengadakan inisiatif mengumpul dana dan membeli 100 kerusi untuk disumbangk­an kepada sekolah berkenaan.

Wakil bekas pelajar berkenaan, Berry Benedict berkata inisiatif itu adalah sebagaimen­ghargaisum­bangan sekolah dalam membangunk­an dan mendidik ramai pelajar sejak diwujudkan 50 tahun yang lalu.

“Mungkin sumbangan ini adalah kecil namun jasa dan bakti sekolah berkenaan amat besar bagi kami sehinggaka­n ramaibekas­pelajarsek­olahtelah menjadi individu yang ternama dan mempunyai peranan yang besar kepada negara,” katanya selepas menyerahka­n bantuan berkenaan, di sini.

Beliau yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Bingkor berkata inisiatif itu juga telah membuatkan bekas pelajar SMK Bingkor tahun 1977 dapat berhubung dengan satu sama yang lain menerusi aplikasi Whatsapp setelah terpisah lebih 23 tahun.

Sementara itu, Pengetua SMK Bingkor Kinit Tagok melahirkan rasa bangga dan terima kasih di atas inisiatif bekas pelajar sekaligus membolehka­n pelajar di sekolah berkenaan dapat mengikuti sesi pembelajar­an dengan lebih selesa.

“Saya merasakan melalui sumbangan ini, bekas-bekas pelajar SMK Bingkor amat dekat dengan sekolah ini dan pewujudan alumni melalui tahun lahir ini sedikit sebanyak dapat memberikan maklum balas kepada pihak kami... kejayaan bekas pelajar kami dan sebagainya,” katanya.

 ??  ?? SESI ringkas penyerahan 100 kerusi daripada Barry kepada wakil SMK Bingkor, Azmin Laji.
SESI ringkas penyerahan 100 kerusi daripada Barry kepada wakil SMK Bingkor, Azmin Laji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia