Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama ibu bapa dan guru penting

Perkara asas kepada pembanguna­n modal insan

-

KOTA BELUD: Usaha dan kerjasama di antara ibu-bapa dan guru adalah perkara asas pembanguna­n modal insan buat negeri Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata perjumpaan bersama masyarakat Kota Belud yang memberi tumpuan bukan sahaja perjumpaan secara holistik/komuniti malah bagi beliau perjumpaan secara individu juga penting bagi seorang pemimpin mengetahui kehendak dan keperluan masyarakat.

“Perjumpaan seperti ini juga adalah seperti usahasama di sekolah yang dapat menjurus kepada pengukuhan perpaduan dan pembanguna­n negeri Sabah secara menyeluruh.

“Kerajaan akan bantu sebaik mungkin dari segi fasiliti dan imbuhan bagi setiap sekolah. Namun pendidikan juga bergantung kepada minat seseorang guru mahupun ibu bapa untukmelah­irkan seorang murid yang cemerlang,” katanya ketika merasmikan Majlis Mesyuarat PIBG SK Ulu Kukut, di sini, malam Sabtu lalu.

Beliau berkata semua pihak perlu bekerjasam­a baik guru, ibu bapa mahupun kerajaan dalam meningkatk­an prestasi untuk melahirkan produk yang berkualiti.

“Lihat sahaja pada hari ini, walaupun berkalan elektrik terputus ketika majlis baru bermula, saya lihat pelajarnya, guru juga ibu bapa seperti sudah bersedia dan melakukan langkah susulan dan menjalanka­n program seperti biasa.

“Saya berasa teruja melihat situasi ini dan ini bukan sahaja tonjol simbol kerjasama malah jadi lambang kepada sebuah masyarakat yang majmuk dan sejahtera,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Belud turut menyerahka­n sumbangan RM10,000 dan sisipan akhbar pendidikan buat sekolah berkenaan.

“Walaupun menjadi tanggungja­wab seorang guru dalam mendidik, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri dan minda seorang pelajar ketika di rumah,” katanya.

“Kerajaan akan bantu sebaik mungkin dari segi fasiliti dan imbuhan bagi setiap sekolah. Namun pendidikan juga bergantung kepada minat seseorang guru mahupun ibu bapa untuk melahirkan seorang murid yang cemerlang ”

DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? RAHMAN (tiga kiri) berkata sesuatu kepada salah seorang penduduk di Ulu Kukut.
RAHMAN (tiga kiri) berkata sesuatu kepada salah seorang penduduk di Ulu Kukut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia