Utusan Borneo (Sabah)

Wanita serba putih desak Maduro

Perarakan kaum hawa Venezuela diketuai isteri ketua pembangkan­g Lopez

-

CARACAS: Beribu-ribu wanita berpakaian serba putih berarak di bandar utama Venezuela kelmarin untuk memberikan tekanan kepada Presiden Nicolas Maduro, yang mana pentadbira­nnya semakin dicabar oleh bantahan dan keganasan maut.

Diketuai ketua pembangkan­g, anggota perundanga­n dan Lilian Tintori, isteri kepada ketua pembangkan­g Leopoldo Lopez yang dipenjarak­an, orang ramai membawa bunga dan poster mengecam penindasan.

Polis dan anggota tentera

pada awalnya menghalang perarakan daripada mendekati kementeria­n dalam negeri namun para wanita itu yang diketuai beberapa anggota perundanga­n, kemudian berjaya sampai ke kementeria­n Dalam Negeri dan Kehakiman.

“Kami tidak akan berganjak dari jalan raya sehingga kami telah membebaska­n Venezuela,” ketua pembangkan­g konservati­f Maria Corina Machado berkata.

“Kami memohon kepada pasukan bersenjata: tidak melepaskan tembakan terhadap orang yang tidak bersenjata.”

Beberapa wanita mendedahka­n payudara mereka dalam satu tindakan pasifis ketika beberapa orang di sepanjang Machado melambaika­n poster berbunyi: “Kami tidak mempunyai senjata api, hanya puting.”

Beberapa rali anti-Maduro turut dilancarka­n di bandarband­ar lain, termasuk San Cristobal dan Aragua, di mana polis melepaskan kanister gas pemedih mata ke arah mereka yang berarak.

Bantahan pada malam kelmarin di Los Nuevos Teques, di luar ibu negara, dan Barquisime­to di barat negara yang terlibat dalam pertempura­n di antara penunjuk perasaan dan pihak tentera.

Lebih banyak bantahan telah ditetapkan semalam dengan pemuzik dan selebriti lain berarak untuk mengingati mereka yang mati.

Angka kematian sejak April, ketika bantahan bertambah tegang selepas pentadbira­n Maduro dan mahkamah memperting­katkan usaha bagi menyatakan pihak pembangkan­g, pada sekurang-kurangnya 36 orang, menurut pendakwa raya, dengan ratusan lagi tercedera.

“Kami tidak akan berganjak dari jalan raya sehingga kami telah membebaska­n Venezuela, ” MARIA CORINA MACHADO Ketua Pembangkan­g Konservati­f

 ?? — Gambar Reuters ?? tintori (kanan) dan Machado menyertai perarakan wanita untuk memprotes pemerintah­an kerajaan Maduro di Caracas, kelmarin.
— Gambar Reuters tintori (kanan) dan Machado menyertai perarakan wanita untuk memprotes pemerintah­an kerajaan Maduro di Caracas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia