Utusan Borneo (Sabah)

Rangka berkaitan kes ‘Troubles’ di Ireland Utara ditemui di Perancis

-

VREUX: Rangka manusia telah ditemui di sebuah hutan Normandy kelmarin semasa satu siasatan mengenai salah satu dari beberapa kehilangan semenjak ‘Troubles’ di Ireland Utara, menurut seorang pendakwa raya Perancis.

Seamus Ruddy, seorang lelaki Ireland berusia 32 tahun yang mengajar Bahasa Inggeris di Paris, telah hilang pada Mei 1985.

Tindakan tersebut menimbulka­n spekulasi mangsa telah dibunuh ekoran perbalahan dalaman di antara sebuah kumpulan serpihan IRA.

Rangka tersebut telah ditemui di hutan Bord di selatan Rouen, di bawah satu siasatan diketuai oleh Britain dan Ireland, menurut seorang pendakwa raya tempatan.

Pihak tentera, dalam satu kenyataan media, menyatakan satu siasatan telah dibuka bagi mengenal pasti individu dan punca kematian.

“Keputusan akan diketahui pada hujung minggu depan.

“Pencarian masih lagi dilakukan,” menurut pendakwa raya Dominique Puechmaill­e.

“Kakak Seamus Ruddy berada di sini dan akan membantu dalam proses pengenalpa­stian.”

Pembunuhan Ruddy telah diakui Tentera Pembebasan Negara Ireland (INLA), sebuah kumpulan yang berpecah daripada Tentera Republikan Ireland (IRA).

Kedua-dua kumpulan tersebut telah lama menegaskan penggunaan keganasan dalam langkah bagi penyatuan semula Ireland.

Ruddy adalah salah seorang daripada 16 orang dalam senarai ‘Disappeare­d’, mereka yang telah diculik dan dibunuh oleh anggota separa tentera republikan semasa ‘Troubles’, yang menyaksika­n kira-kira 3,500 maut sepanjang keganasan selama tiga dekad bagi menolak kawalan British terhadap Ireland Utara.

IRA mengaku bertanggun­gjawab ke atas 13 daripada 16 kes ‘Disappeare­d’ sementara INLA mengakui bersalah ke atas kematian Ruddy.

Mangsa individu tunggal yang termasuk dalam senarai tersebut yang telah hilang di luar Ireland.

Pihak penyiasat Suruhanjay­a Bebas bagi Menjejaki Mayat Mangsa (ICLVR), sebuah panel yang ditubuhkan di bawah perjanjian damai Ireland Utara 1998, mula menggali di kawasan tersebut Selasa lepas.

Menurut satu laporan kelmarin di dalam akhbar British The Guardian, Ruddy pernah terlibat mendapatka­n senjata untuk INLA.

Selepas satu pergaduhan meletus dalam kumpulan, satu puak menghantar satu pasukan ke Perancis untuk menggali timbunan senjata yang disembunyi­kan di sana.

Mereka mempercaya­i Ruddu mengetahui tempat persembuny­ian senjata itu dan tidak mempercaya­inya apabila mangsa mendakwa telah memutuskan hubungan dengan INLA, menurut laporan.

Mangsa kemudian diculik, diseksa dan ditembak mati apabila gagal mendedahka­n lanjut lokasi senjata itu, jelas laporan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia