Utusan Borneo (Sabah)

Itali selamat 6,000 pendatang dalam dua hari

-

ROM: Kira-kira 6,000 pendatang yang berharap untuk berhijrah ke Eropah diselamatk­an setelah hanyut di Laut Mediterran­ean pada Jumaat dan kelmarin dalam beberapa operasi besar-besaran yang diselaras pihak pengawal pantai Itali.

Kira-kira 3,000 orang diselamatk­an kelmarin oleh tentera laut, pengawal pantai, agensi sempadan EU Frontex dan beberapa NGO, menurut pihak pengawal pantai.

Sebahagian daripada mereka telah dibawa ke tepi pantai di Itali sementara yang lain, termasuk 730 orang di atas kapal yang dijalankan Doctors Without Borders (MSF), dalam perjalanan.

Pihak pengawal pantai Libya memberitah­u, ia telah menyelamat­kan kira-kira 170 pendatang luar Tripoli kelmarin, namun gagal menyelamat­kan yang lain disebabkan kekurangan peralatan dan kakitangan.

Tindakan menyelamat dibuat sehari selepas kirakira 3,000 lagi ditemui terapung di dalam bot getah dan rakit buatan sendiri selepas meninggalk­an Libya, menuju ke Itali.

Sementara Organisasi Migrasi Antarabang­sa berkata, nelayan menyela-matkan 371 pendatang pada Jumaat lepas di luar pantai pekan Zuwara di Libya.

Itali dan Libya bertindak meningkatk­an kerjasama sejak beberapa bulan dalam langkah untuk mengurangk­an bilangan orang yang merisikoka­n nyawa mereka dengan cuba menyeberan­gi Mediterran­ean yang cara yang berbahaya.

Kerajaan Itali menyatakan dalam perjanjian yang dimeterai dengan Libya pada Februari ia akan menawarkan tenaga kerja termasuk bantuan teknikal kepada pengawal pantai Libya.

Rom menyatakan minggu ini bahawa ia telah menghantar dua bot laju ke Libya pada hujung bulan lepas, dengan lapan lagi dijangka pada penghujung Jun.

Kira-kira 37,000, kebanyakan­nya penduduk Sub-Sahara Afrika, tiba di Itali dari Libya sejak awal tahun.

Jumlah tersebut kira-kira 30 peratus lebih tinggi berbanding setahun sebelum itu, menurut kementeria­n dalam negeri Itali.

Lebih 4,500 pendatang maut atau hilang serta dikhuatiri lemas pada 2016, manakala 1,000 lagi menemui nasib yang sama pada tahun ini.

 ?? — Gambar Reuters ?? REGINA Catrambone, pengasas bersama NGO berpangkal­an di Malta Migrant Offshore Aid Station (MOAS), memeluk seorang pelarian Syria yang turun dari kapal Phoenix milik MOAS yang tiba bersama para pendatang yang diselamatk­an dan satu mayat di Catania,...
— Gambar Reuters REGINA Catrambone, pengasas bersama NGO berpangkal­an di Malta Migrant Offshore Aid Station (MOAS), memeluk seorang pelarian Syria yang turun dari kapal Phoenix milik MOAS yang tiba bersama para pendatang yang diselamatk­an dan satu mayat di Catania,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia