Utusan Borneo (Sabah)

Terjejas banjir di timur, Kanada kerah tentera

-

OTTAWA: Tentera dikerahkan di timur Kanada sejak Jumaat di mana banjir akibat hujan lebat memaksa pemindahan kelmarin sebelum banjir teruk dijangkaka­n hari ini atau esok.

Paras air terus meningkat kelmarin dari Toronto dan Lake Ontario sehingga lebih 500 kilometer di Sungai St. Lawrence, terutama di wilayah Quebec, di mana kira-kira 400 askar dikerahkan.

Perdana Menteri Quebec Philippe Couillard memberi amaran kelmarin.

“Air akan terus naik sepanjang tempoh dua atau tiga hari ini,” kata beliau selepas melawat pekan Rigaud, timur Montreal, yang sudah ditenggela­mi lebih seminggu.

“Pasukan tentera segera memberikan respons dan secara profesiona­l mulai menghantar sokongan kritikal kepada rakyat yang terjejas akibat banjir,” kata Menteri Pertahanan Harjit Sajjan kelmarin.

Hujan lebat memburukka­n keadaan akibat salji cair yang menyebabka­n sungai melimpah, mencetuska­n situasi kritikal dari Ottawa ke Montreal.

Perkhidmat­an kecemasan memberi amaran air yang melimpah akan sampai ke wilayah timur Montreal.

Berhampira­n Atlantik, Organisasi Langkah Kecemasan New Brunswick memberi amaran kepada penduduk agar kekal berjaga-jaga sehingga hari ini, menyatakan paras air hampir atau di atas paras banjir di banyak wilayah.

Di Quebec, wilayah paling teruk dilanda banjir, lebih 1,500 rumah ditenggela­mi air di 121 pekan dan bandar serta hampir 1,000 dipindahka­n, menurut perkhidmat­an kecemasan.

“Saya faham penduduk keberatan untuk mening-galkan rumah tetapi lakukan-lah demi keselamata­n anda,” kata Couillard.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia