Utusan Borneo (Sabah)

Colombia, ELN berunding semula

-

BOGOTA: Kerajaan Colombia dan pasukan pemberonta­k aktif terakhir di negara ini, ELN, akan meneruskan rundingan damai dalam hanya masa seminggu, disahkan oleh perunding utama negara kelmarin.

Kepulangan ke meja rundingan adalah dijangka untuk dilakukan pada Rabu lepas namun telah dibatalkan kerana satu pertemuan perkongsia­n maklumat di Cuba di antara ELN dan kumpulan pemberonta­k haluan kiri yang lebih besar, FARC, yang memeterai perjanjian dengan kerajaan.

“Ecuador menjadi tuan rumah bagi rundingan damai di antara kerajaan Colombia dan ELN, yang akan diteruskan pada 16 Mei,” menurut Juan Camilo Restrepo dalam Twitter.

Satu kunjungan ke Colombia oleh bakal presiden Ecuador, Lenin Moreno,akan dilakukan pada hari ini turut mendesak bagi penerusan rundingan.

Restrepo menyatakan Morenoakan­terusmenyo­kong rundingan mencari kedamaian di Colombia seperti mana yang telah dilakukan pemimpin sebelum beliau Rafael Correa.

Konflik Colombia meletus pada tahun 1964 dan menarik beberapa kumpulan pemberonta­k dan separa tentera serta kumpulan samseng termasuk pasukan tentera negara.

Pada November, Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang mempunyai 7,000 pejuang, memeterai perjanjian damai dengan kerajaan selepas rundingan empat tahun.

Tentera Pembebasan Nasional (ELN), dengan 1,500 anggota, melancarka­n rundingan damainya pada Februari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia