Utusan Borneo (Sabah)

Aktivis Amerika dibunuh di Mexico

-

COATZACOAL­COS: Seorang aktivis kempen hak asasi manusia dan alam sekitar, dikatakan berasal dari Amerika Syarikat, telah dibunuh di Mexico di sebuah wilayah yang dibelenggu jenayah terancang, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Mayat lelaki yang masih belum dinyatakan namanya itu ditemui di wilayah Veracruz, di dalam sebuah rumah di bandar Teocelo, kata pejabat pendakwa raya negeri.

“Pada mayat lelaki itu terdapat kecederaan akibat tembakan yang dapat dilihat pada bahagian kanan kepalanya,” tambah pejabat.

Namanya tidak dinyatakan kepada umum, begtiu juga status imigresen dan negara asalnya.

Bagaimanap­un, penduduk tempatan memberitah­u AFP bahawa lelaki itu adalah Gordon Strom, seorang rakyat AS yang telah menetap di Teocelo selama beberapa tahun melakukan kerja-kerja komuniti dan mengajar tentang isu-isu alam sekitar dan hak asasi manusia.

Mayatnya telah ditemui dengan tanda-tanda bahawa beliau telah diseksa di rumahnya, dan telah dirompak, menurut pihak berkuasa. Salah seorang dari pekerjanya menyatakan tiga orang penyerang bersenjata telah melarikan diri dengan keretanya.

Veracruz telah dibelenggu dengan jenayah kejam, kartel dadah dan kumpulan jenayah terancang lain, serta pembunuhan terhadap aktivis.

Sekurang-kurangnya 10 orang telah dibunuh di negara tersebut dalam jenayah yang belum diselesaik­an dalam tempoh lebih kurang sedekad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia