Utusan Borneo (Sabah)

Eksport Mac lepasi RM80 bilion: Ahmad

Rekod tertinggi lepas merdeka, bukti kesungguha­n kerajaan promosi barangan Malaysia

-

PONTIAN: Pencapaian eksport negara pada Mac melepasi paras RM80 bilion yang merupakan satu rekod tertinggi bulanan pernah dicatatkan sejak Merdeka adalah bukti kesungguha­n kerajaan Barisan Nasional dalam mempromosi­kan barangan Malaysia di luar negara.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata pencapaian itu sekali gus menolak dakwaan pembangkan­g bahawa tiada lagi orang yang mahu membeli barangan Malaysia kerana nama negara yang disifatkan sebagai ‘buruk’.

“Eksport Mac telah melonjak ke satu paras yang belum pernah berlaku, mencecah tanda aras RM80 bilion sebulan eksport.

“Eksportyan­gmeningkat­ini membuktika­n bahawa usahausaha yang dijalankan oleh pucuk pimpinan terutamany­a (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak yang pergi membawa nama Malaysia ke mana-mana yang beliau pergi, sama ada di peringkat ASEAN, Eropah, Timur Tengah, Jepun, Korea Selatan, China dan seluruhnya akhirnya menjadi satu kesan positif terhadap permintaan barangan negara kita,” kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan GuruGuru Agama Negeri Johor Daerah Pontian di Benut, dekat sini semalam.

Menurut Ahmad, pencapaian itu juga adalah hasil usaha agensi di bawah MITI seperti MATRADE dan lain-lain yang juga tidak berhenti mempromosi­kan barangan Malaysia melalui pejabat-pejabat mereka di luar negara.

“Jadi harapan kita angkaangka eksport akan terus meningkat bagi tempoh akan datang sekaligus membuktika­n tohmahan pembangkan­g pada satu ketika dulu bahawa tiada orang nak beli barangan Malaysia sebab nama Malaysia buruk adalah amat meleset sama sekali,” kata beliau.

Ahmad, yang juga Ahli Parlimen Pontian, berkata demikian sebagai mengulas pencapaian eksport bagi bulan Mac yang diumumkan oleh MITI dua hari lepas.

MITI, dalam satu kenyataan pada Jumaat, berkata eksport negara pada bulan Mac meningkat 24.1 peratus kepada RM82.63 bilion serta menyaksika­n pertumbuha­n eksport dua digit direkodkan dalam kesemua sektor utama iaitu perkilanga­n, hasil galian serta keluaran pertanian.

Sementara itu, Ahmad berkata amat penting bagi semua negara yang terlibat dengan perbincang­an Kerjasama Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) memuktamad­kan perbincang­an menjelang akhir tahun ini.

RCEP, yang dilihat akan menjadi platform perdaganga­n berikutnya bagi Malaysia dan sembilan negara anggota ASEAN yang lain, dilihat penting kerana ia bakal membuka pasaran baru melibatkan lebih tiga bilion orang, kata beliau.

 ?? — Gambar Bernama ?? AHMAD bergambar bersama guru-guru agama daerah Pontian selepas merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Persatuan Guru Agama (PERSAGA) Johor Daerah Pontian kali ke-2 tahun 2017 di Homestay Citra, Kg Parit Pinang, Benut semalam. Hadir sama Pegawai Pendidikan...
— Gambar Bernama AHMAD bergambar bersama guru-guru agama daerah Pontian selepas merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Persatuan Guru Agama (PERSAGA) Johor Daerah Pontian kali ke-2 tahun 2017 di Homestay Citra, Kg Parit Pinang, Benut semalam. Hadir sama Pegawai Pendidikan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia