Utusan Borneo (Sabah)

Bursa Malaysia dijangka naik ke paras 1,770 mata

Peningkata­n ini disokong perkembang­an positif ekonomi tempatan dan prestasi kukuh Wall Street

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka meningkat minggu ini dengan indeks penanda aras menokok ke paras 1,770, disokong oleh perkembang­an positif ekonomi tempatan dan prestasi kukuh Wall Street.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) akan mengukuh dan meningkat minggu ini meskipun akan berlaku kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutua­n AS pada Jun dan kejatuhan harga minyak mentah.

Beliau berkata keadaan ekonomi tempatan yang positif akan menyokong kelemahan harga pasaran berikutan pengumuman pembatalan perjanjian penjualan 60 peratus saham bagi Bandar Malaysia.

“Pasaran tempatan akan menyambut baik kenyataan Pengerusi 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yang mengesahka­n projek Bandar Malaysia akan dilaksanak­an walaupun selepas pembatalan perjanjian bernilai RM7.41 bilion,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanap­un, beliau berkata hasrat kerajaan untuk mena- warkan tender sektor swasta untuk menubuhkan syarikat aset dibiayai secara persendiri­an bagi projek kereta api laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, akan menjana spekulatif dalam saham sektor pembinaan tempatan.

Mengenai impak Wall Street, beliau berkata pasaran dunia termasuk Bursa Malaysia, dijangka pulih dengan penguranga­n risiko politik di Eropah setelah pilihan raya Presiden Perancis dijadual selesai pada 7 Mei, 2017.

“Dengan sentimen domestik dipacu oleh pengukuhan Wall Street dalam beberapa minggu lepas, kami berpendapa­t FBM KLCI akan terus diniagakan tinggi dalam jangka terdekat,” katanya.

Bagi minggu dagangan singkat berikutan cuti umum sempena Hari Pekerja pada Isnin, bursa tempatan diniagakan dalam jajaran kecil dengan mencatatka­n paras tinggi dalam setahun pada Selasa setelah sokongan belian dalam kaunter-kaunter berkaitan kewangan.

Bagaimanap­un, turun ke paras rendah dalam dua minggu pada Khamis disebabkan oleh pembatalan perjanjian pembelian saham Bandar Malaysia.

Bagi asas perbanding­an minggu ke minggu, FBM KLCI berkuranga­n 5.32 mata kepada 1,762.74 daripada 1,768.06 pada Jumaat lepas.

Indeks FBM Emas susut 33.99 mata kepada 12,597.53, Indeks FBMT 100 berkuranga­n 37.48 mata kepada 12,221.78 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 35.72 mata kepada 12,936.77.

FBM 70 merosot 48.41 mata kepada 15,032.56 manakala FBM Ace menambah 58.67 mata kepada 6,300.83. Mengikut sektor pula Indeks Kewangan turun 63.09 mata kepada 16,238.08, Indeks Perladanga­n menyusut 33.01 mata kepada 8,064.33 dan Indeks Perusahaan naik 15.5 mata kepada 3,234.67.

Jumlah dagangan pada minggu dagangan singkat pula bertambah kepada 14.85 bilion unit bernilai RM9.31 bilion daripada13.76 bilion unit bernilai RM11.90 bilion minggu lepas.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangan meningkat kepada 9.75 bilion saham bernilai RM11.22 bilion daripada 8.93 bilion saham bernilai RM11.19 bilion minggu lepas.

“Pasaran tempatan akan menyambut baik kenyataan Pengerusi 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yang mengesahka­n projek Bandar Malaysia akan dilaksanak­an walaupun selepas pembatalan perjanjian bernilai RM7.41 bilion.

DATUK DR NAZRI KHAN ADAM KHAN

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia