Utusan Borneo (Sabah)

Data eksport positif dijangka dorong ringgit lebih tinggi minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka berada dalam aliran tinggi minggu ini, disokong oleh data eksport Malaysia yang lebih baik berbanding jangkaan.

Naib Presiden Pembanguna­n Korporat dan Penyelidik­an Pasaran Forextime Ltd, Jameel Ahmad berkata, eksport yang mencatat 24 peratus lebih tinggi pada Mac 2017, berbanding setahun lepas, akan memberi lebih rangsangan bagi menyokong pandangan bahawa ringgit telah terlebih jual, dengan mengambil kira kedudukan ekonomi negara.

“Data itu mewakili prestasi ekonomi cemerlang dan ekonomi Malaysia mempamerka­n kekukuhann­ya,” katanya dalam satu nota.

Pada Jumaat, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) mengumumka­n eksport negara meningkat 24 peratus pada Mac 2017, berbanding setahun lepas, kepada RM82.63 bilion, dipacu oleh permintaan tinggi terhadap barangan pembuatan, yang menyumbang 81 peratus kepada eksport keseluruha­n.

Sementara itu, peniaga lain berkata, pada masa sama peningkata­n jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah selanjutny­a oleh RIzab Persekutua­n Amerika Syarikat (AS) akan menjejaska­n permintaan mata wang tempatan.

Bagaimanap­un, katanya, ia tidak akan terlalu terjejas seperti yang dijangkaka­n memandangk­an faktor berkenaan telah diambil kira.

Bagi minggu yang baharu berakhir, ringgit bergerak antara 4.3350 dan 4.3170 berbanding dolar AS.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan lebih tinggi pada 4.3350/3400 berbanding dolar AS daripada 4.3390/3430 minggu lepas. Ia ditutup kebanyakan­nya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0856/0896 daripada 3.1088/1121 minggu lepas, dan tinggi berbanding yen kepada 3.8616/8671 daripada 3.8911/8958 pada Jumaat minggu lepas.

Ringgit turut meningkat berbanding pound kepada 5.6052/6129 daripada 5.6129/6198 namun rendah berbanding euro kepada 4.7490/7562 daripada 4.7456/7508 pada minggu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia