Utusan Borneo (Sabah)

Niaga hadapan MSM dijangka tinggi disokong permintaan luar

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka tinggi minggu ini, disokong permintaan luar negara, kata peniaga.

Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies, Jim Teh berkata, permintaan luar negara adalah dari Asia Barat dan Pakistan sebelum ketibaan Ramadan iaitu pada akhir Mei.

“Bagaimanap­un, inventori yang dijangka tinggi akan memberi tekanan kepada harga MSM,” katanya, dengan menambah, pengawal selia industri itu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia akan mengumumka­n data pengeluara­n dan eksport rasmi pada 11 Mei.

Sementara itu, kajian oleh bank tempatan pada minggu lepas menunjukka­n output MSM Malaysia meningkat sembilan peratus bulan ke bulan, kepada 1.59 juta tan pada April 2017.

Penganalis­is menjangkak­an inventori akan meningkat tujuh peratus bulan ke bulan, kepada 1.67 juta tan pada akhir April.

Bagi minggu yang baharu berakhir, harga niaga hadapan MSM ditutup kebanyakan­nya tinggi, menjejaki pergerakan ringgit dan minyak mentah.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, bulan semerta Mei 2017 meningkat RM81 kepada RM2,775 satu tan, Jun 2017 melonjak RM82 kepada RM2,674 satu tan, Julai 2017 naik RM70 kepada RM2,578 satu tan dan Ogos 2017 menokok RM62 kepada RM2,518 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 138,371 lot daripada 190,325 lot minggu lepas, manakala kepentinga­n terbuka bertambah kepada 264,467 kontrak daripada 255,047 kontrak.

Di pasaran fizikal, Selatan Mei meningkat RM70 kepada RM2,790 satu tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia